|
Lindsay Lohan atau lebih dikenali sebagai Lilo dilihat telah beberapa kali memakai hijab apabila muncul di khalayak ramai.
Sebelum ini dia dilihat mengusung naskah Al-Quran dan tindakannya itu mendapat perhatian ramai. Akan tetapi biasalah media Barat akan memperlekehkannya dan menganggap dia hanya hangat-hangat tahi ayam dan hanya mahukan perhatian.
Dengan imej terbaru Lilo di pertunjukan fesyen London baru-baru ini, semakin kuat dakwaan bahawa Lilo mempertimbangkan untuk memeluk agama Islam.
Foto Lilo manis memakai hijab itu dimuat naik di akaun instagram hujung minggu lalu oleh pembekal kosmetik halal, Hawa Cosmestics.
Bintang filem dan juga penyanyi pop itu yang kini menetap di Dubai hadir ke minggu pertunjukan fesyen yang dikhaskan untuk fesyen Islamik itu dengan berpakaian serba hitam.
"Fesyen tidak semestinya tampil seperti tidak berpakaian, ia juga boleh jadi satu gaya yang berani dan anggun hasil tangan wanita-wanita kuat dibelakangnya," ujar Lilo kepada BBC Minute apabila memperkatakan tentang fesyennya malam itu.
Pemilik Hawa Cosmetics, pembekal kosmetik halal memuatnaik foto bersama Lilo dengan gaya hijab ringkas menutupi leher dan menampakkan sedikit rambutnya. Foto itu dilampirkan bersama kapsyen ceria;
"Hari yang bertuah! Lilo hadir menyapa pasukan Hawa! Dia sgt baik hati dan memberitahu meminati produk kosmestik halal!"
Foto Carian internet
Pada April 2016 yang lalu, apabila foto Lilo mengusung kitab suci al-Quran bertebaran, jurucakap dia menjelaskan Lilo berminat mempelajari budaya Arab.
Kemudian Oktober tahun sama di dalam sebuah rancangan televisyen di Turki, Lilo meluahkan perasaannya yang diburuk-burukkan media Amerika Syarikat apabila dilihat membawa kitab itu.
"Jika Islam adalah apa yang saya ingin belajar...ia adalah datang daripada keinginan sy sendiri". - CARI
|
|