View: 2945|Reply: 5
|
Mulakan Hari Dengan Telur Dalam Avokado, Memang 'Ngam' Dan Menyelerakan
[Copy link]
|
|
Kali ini kami nak kongsikan resipi mudah dan berkhasiat sebelum memulakan hari anda. Gabungan telur dan avokado sememangnya 'ngam' dan menyelerakan!
Foto: instructables.com
Bahan-bahan
Dua biji telur
Sebiji avokado
Foto:instructables.com
Bahan tambahan (ikut citarasa)
Garam
Lada hitam
Kepingan daging/ ayam
Keju
Foto:instructables.com
Cara-cara penyediaan:
Panaskan ketuhar dengan suhu 220°C
Semasa ketuhar sedang dipanaskan, anda boleh menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.
1) Potong avokado dan buang bijinya. Gunakan sudu dan dengan perlahan buang sebahagian kecil avokado. Ini memudahkan anda untuk meletakkan telur nanti.
Foto:instructables.com
2) Pecahkan telur dalam mangkuk. Gunakan sudu dan letakkan kuning telur dalam avokado. Penuhkan bahagian yang tertinggal dengan putih telur.
Foto:instructables.com
3) Letakkan avokado di dalam dulang pembakar kecil. Bakar selama 15 hingga 20 minit.
4) Tunggu sejuk sedikit kemudian letakkan garam dan lada hitam mengikut citarasa anda. Anda juga boleh menggunakan bahan hiasan pilihan seperti yang disenaraikan di atas.
Avokado yang siap dibakar tadi boleh dimakan begitu sahaja atau disapukan di atas kepingan roti bakar yang rangup.
Selamat mencuba! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Nyum2, later iols gi cari avocado |
|
|
|
|
|
|
|
harus cuba nih... nyum nyummm |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya la hai.. tp avocado mahai la |
|
|
|
|
|
|
|
boleh la cuba, kena tunggu avocado turun harga sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|