View: 3114|Reply: 9
|
Wajib Tahu! 10 Cara Kekal Langsing Walaupun Makan Malam...
[Copy link]
|
|
Ramai yang takut untuk makan pada waktu malam kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Namun, benarkah fakta tersebut?
Berdiet sebenarnya bukanlah dengan menyekat pengambilan makanan tetapi bagaimana anda mengambilnya dan bagaimana mengimbangkannya dengan keperluan dan penggunaan tenaga.
Diet cara yang tepat adalah dengan mengambil semua jenis makanan namun dengan kuantiti yang sedikit dan nilai kalori yang rendah, sesuai dengan keperluan dan kegunaan tenaga yang digunakan.
Pun begitu jika mahu mengambil makan malam, anda perlu jadikan 10 perkara ini sebagai panduan:
1. Elakkan makan melebihi jam 8 malam. Atau sekurang-kurangnya empat jam sebelum anda masuk tidur.
2. Anda penggemar susu? Amalkan minum setiap malam sebelum waktu tidur anda. Cukup hanya segelas susu panas yang menyegarkan rasa. Ia pengubat perut anda yang kosong sepanjang malam.
3. Air kosong pelengkap paling penting. Sebelum mengambil makan sekitar jam 7, pastikan anda minum segelas air kosong sebagai permulaan santapan. Cara ini juga sebenarnya membantu anda makan lebih kenyang dari biasa.
4. Pastikan makanan yang diambil hanyalah berupa buah-buahan dan juga sup sayuran terpilih yang menyihatkan badan.
5. Pilihlah buah-buahan segar dan mengenyangkan seperti buah epal. Buah epal antara buah pembekal karbohidrat yang tinggi. Rasa manis semulajadinya membuatkan anda membina diet sihat.
6. Elakkan makan di luar. Ia mendorong untuk makan lebih banyak. Maklumlah berhibur sambil bersantai, anda pasti tidak sedar kadar pengambilan makanan anda.
7. Jika anda masak sendiri, pastikan kandungan makanannya terjamin dan kaya khasiat. Elakkan lemak dan yang kolesterol tinggi. Kenali pilihan makanan anda untuk kesejahteraan anda juga!.
8. Jauhkan daripada televisyen. Samada anda sedar mahupun tidak, makan sambil menonton tv ini membuat anda hilang tumpuan pada makanan. Bila hilangnya tumpuan, anda juga tidak akan rasa kenyang, malah mendorong anda makan bertambah.
9. Pastikan makanan anda direbus mahupun dibakar. Misalnya ikan bakar atau panggang yang dimakan tanpa nasi. Rebuslah sayur yang dimakan bersama ‘thousand island’. Cara ini juga membuka selera anda yang dah lama mati.
10. Elakkan makan beramai-ramai sambil bersantai di rumah. Benar kata orang tua-tua, makan beramai lebih membuka selera. Yang pasti jika ini pilihan anda, tetapkanlah dalam hati agar anda makan tidak bertambah.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
No 9 tu...Teringat masa Satu Family I diet, semua masakan Rebus je slma 2 bulan hahahahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
susu pon kkdg boleh jadi gemok juga
|
|
|
|
|
|
|
|
Selagi x tido, selagi tulah mulut asik nak mengunyah jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa kg chuols turun selepas 2 bulan tu. Bagus la macam tu, bekerjasama..
|
|
|
|
|
|
|
|
julia5094 replied at 6-4-2018 01:59 PM
Berapa kg chuols turun selepas 2 bulan tu. Bagus la macam tu, bekerjasama..
12-14kg camtulah including petang2 satu family berjoging hahaha |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Magnum8 replied at 20-2-2018 01:52 PM
No 9 tu...Teringat masa Satu Family I diet, semua masakan Rebus je slma 2 bulan hahah ...
Menjadi tak u? |
|
|
|
|
|
|
|
Magnum8 replied at 7-4-2018 12:11 AM
12-14kg camtulah including petang2 satu family berjoging hahaha
Hey lama auntie x nmpk awk. Msk U mana? |
|
|
|
|
|
|
|
woo...wow...wow...ternganga mulut iols mendengarnya..memang berbaloi sgt la..
|
|
|
|
|
|
|
|
noraidil_06 replied at 9-4-2018 09:59 AM
Hey lama auntie x nmpk awk. Msk U mana?
Hehe haah jarang on skrng ni, fokus blogging..
Belum lagi auntie, masih menunggu offer letter... |
|
|
|
|
|
|
| |
|