View: 6192|Reply: 2
|
Emoji - Nampak Je Comel Tapi Jangan Salah Guna, Nanti Lain Jadinya..
[Copy link]
|
|
Ketika hati sedang sarat kerinduan pada seseorang, pasti anda menggunakan emoji-emoji comel ketika berbalas mesej.
Namun, macam mana emoji yang anda rasakan cute itu sebenarnya mempunyai maksud berbeza? Lari terus dari apa yang anda bayangkan!
Mengikut kaji selidik Insurance2go, 29 peratus pengguna menggunakan emoji salah sepanjang hidupnya.
Eh! Betul ke? Macam-macamlah ulasan dari mereka berkenaan emoji ini yang bagi segelintir pihak “Emoji ja kot.”
Jadi, ada beberapa emoji yang harus dinyahkan terus dari kamus Whatsapp anda bagi menjaga hati yang tersayang.
Emoji cium dan mata berbentuk hati nampaknya berada di tangga teratas bagi pasangan kekasih, sedangkan ia sebenarnya direka untuk menunjukkan emosi gatal lagi mengada-ngada.
Sementara itu, ada beberapa emoji yang menyatakan peranan wanita melebihi lelaki termasuklah cincin berlian, otot tangan dan terung. Ok, lagi sekali, terung? Ada orang beranggapan ia bermaksud makanan tapi ada juga yang salah guna emoji ini!
Manakala bagi lelaki pula, emoji kenyit mata, najis dan kucing dengan mata berbentuk hati pula mungkin ada maksud yang lebih tersirat.
Pakar perhubungan Sunday Woman Magazine berkata pemahaman emoji berbeza antara setiap individu.
“Ada yang boleh digunakan di awal perhubungan manakala yang lain pula bila hubungan tersebut memasuki fasa lain.
“Sebagai contoh emoji kucing dengan mata cinta sebenarnya bermakna lelaki itu benar-benar menyintai wanita tersebut, walaupun mungkin orang lain menganggap itu perbuatan manja untuk meminta makanan. "
Manakala emoji kenyit dan terjelir lidah pula lebih nakal dan ia sebenarnya masuk ke fasa lebih intim.
Foto Carian internet
Lebih mudah jika anda mengikut rentak pasangan ketika berbalas mesej. Nak nampak baik, mungkin letakkan emosi senyum sepanjang mesej berlangsung! Takdalah disalah anggap ‘gatal tak bertempat’! - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
pasal emoji pun jadi issue, betul tak? aku kalau tersalah emoji terpaksa say sorry tau, takut salah faham. dan sbb tu. aku selalu buat emoji manual gitu.. lagi senang,. |
|
|
|
|
|
|
|
x kosa la nak ambik serius sgtt...
lg pun sendiri tahu wasap dgn sape ...nk send emoji yg mcam mana..
xde jd isu pun....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|