CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5153|Reply: 16

Bapa Ini Kongsi Cara Tindik Telinga Bayi Berumur Seminggu..Ngeri Juga!

[Copy link]
Post time 19-2-2018 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Anting-anting adalah salah satu perhiasan yang sangat sinonim buat wanita sejak dari dulu lagi. Untuk membolehkan seseorang itu memakai anting-anting, seseorang wanita itu perlu bertindik.

Oleh itu,  bertindik adalah satu proses di mana bahagian cuping telinga seseorang wanita itu ditebuk lubang bagi membolehkan ating-anting dimasukkan. Dalam masyarakat kita banyak style dan cara seseorang wanita itu betindik.

Mungkin amalan bertindik bagi wanita dewasa adalah normal dimata masyarakat. Bagaimana pula dengan amalan bertindik yang dilakukan ketika bayi masih kecil dan telinga bayi ditindik dengan menggunakan jarum jahit sahaja? Agak pelik dan mengerikan? Jom ikuti kisah lelaki ini yang menindik bayinya ketika berumur seminggu.

Aku menindik anak aku masa umurnya seminggu. Masa ni wife aku still masih berpantang lagi. Mendengar cerita ini ramai kawan-kawan aku yang pelik dan tak percaya. Ditambah lagi proses menindik itu dilakukan dengan menggunakan jarum jahit, benang dan kunyit. Tak ke mengerikan tu? Tapi itulah yang family aku amalkan. For sure la bukan aku sendiri yang buat. Mak bidan ok.

Peralatan untuk menindik




Masih bayi lagi kenapa dah ditindik telinganya? Tak kasihan ke? Macam kejam je tindik guna jarum jahit biasa. Baby mesti kesakitan nanti.
Dialog atas ni adalah antara komen dan respons yang aku dapat bila aku ceritakan pada rakan-rakan aku anak aku bertindik masa bayi lagi.

Pada aku tak ada masalah pun nak menindik bayi sewaktu mereka kecil lagi. For sure benda ni perlukan permission dari parent kan. Depends la. Kalau korang ok, just go for it. Kalau rasa kasihan dan tak sampai hati, just tak payah la buat. Simple je kan. Menindik telinga bayi yang baru lahir mungkin dilakukan dengan alasan budaya atau mempercantik si buah hati, so benda ni ada pilihan.


Proses menindik telinga bayi

  • Sediakan semua alatan yang diperlukan.
  • Potong kunyit setebal lebih kurang 5mm berbentuk bulat kecil (perlukan 2).
  • Masukkan benang dalam lubang jarum.
  • Minyakkan jarum, benang dan kunyit dengan menggunakan minyak makan.
  • Cucukkan kunyit dalam jarum dan tarik sehingga ke hujung benang.
  • Dengan pantas dan disertai bacaan bismillah dan selawat, cucuk cuping telinga bayi anda.
  • Setelah cuping selamat dicucuk jarum, tarik benang sehingga cuping telinga bayi sampai kehujung benang yang mempunyai potongan kunyit.
  • Ambil lagi satu kunyit tadi, cucuk pada jarum dan tarik sehingga kunyit tadi merapati cuping telinga bayi.
  • Ikat benang dan potong.
  • Ulang proses yang sama untuk telinga yang lain.

Hasil selepas menindik



Rasa sakit yang dirasakan bayi.

Tipu la kalau aku cakap tak sakit. Walaupun proses mencucuk jarum dilakukan hanya dalam sekelip mata sahaja, sudah pasti bayi akan merasa sakit jika tindik telinga dilakukan tanpa menggunakan sebarang bius kan.


Memang bayi akan menangis. Tapi sekejap je la. Macam aku cakap tadi, kalau tak sampai hati, boleh buat masa anak korang dah besar nanti.



Inilah kedua anak-anak aku. Mereka selamat ditindik masa umur diorang seminggu. Kebiasaannya memang macam tu. Selepas je sife aku bersalin, bidan akan mengurut wife selama seminggu. Lepas tu sunat dan tindik sekali. So far alhamdulillah anak aku sihat-sihat sahaja. Masing-masing dah pakai subang emas yang comel-comel tau. Hehehe

Ok la, sampai sini je perkongsian aku. Semoga boleh menjadi panduan korang semua kalau nak menindik bayi masa kecil. Tapi sekali lagi aku nak cakap, benda ni adalah pilihan. Kalau tak sampai hati nak buat, tak payah la buat yer.


Macam mana? Anda berani nak cuba untuk anak-anak anda? - CARI

Sumber : Papaglamz.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2018 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Iol tak tindik anak..dah beso pun sheol takmo tindik
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 12:08 PM | Show all posts
i rela p tmpt bertauliah. ni bkn zmn dulu kala ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 12:09 PM | Show all posts
tak tindik pun tak pe la, bukan wajib pun utk menjadi sorg gegirl, asalkan ada pepek asli pun sudah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg turun temurun bodoh la keluarga ko..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 03:04 PM | Show all posts
iols mmg x sampai hati ... even kata dia kecik lagi and sakit kejap je..
biarlah dia buat sendiri kalau dia nak esok2 bila dah besar. kesianlah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2018 04:32 PM | Show all posts
malas nak komen..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai i tak boleh la. Kesian baby. Dah lama i berangan nak tindik my baby girl. Tapi xsampai hati la. Pejam celik dah 13 bulan pun umur dia. Biar la tunggu dia besar sikit br tindik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2018 11:29 AM | Show all posts
ai tak bertindik. Anak-anak perempuan ai pun tak bertindik.
Kalau deme dah besar/dewasa nanti tetiba rasa nak bertindik, ikut deme lah..
Ai memang takde keinginan dari dulu nak tindik telinga..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 01:12 PM | Show all posts
ni ko ke TT... rupa dah sama
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 08:53 PM | Show all posts
overrr.. seminggu dah nak tindik
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 03:25 PM | Show all posts
aku ngan adik beradik pun tindik camni
tapi aku tindik dah besar,  sekolah tadika
silap cara kena jangkitan kuman
lubang tindik bernanah
serius, mmg aku kena
lepas dah elok, baik kudis. tindik lagi sekali
ada lubang sampai skang

walaupun begitu aku setuju pada ibu bapa skang yg tak mau tindikkan anak masa masih kecik2
bukan keperluan pun
biar anak buat keputusan sendiri lepas mereka dah besar nanti
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengucap panjang aku petang jumaat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 23-2-2018 03:35 PM

Ko tindik anak ko buat apa? Boleh buat anak ko tambah comel or ko tambah kaya ka buat sebegitu? Aku rasa sama je muka anak ko seblom dan selepas pon, bukan ada perubahan? So? Apa paedah buat benda tak berpaedah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2018 03:38 PM | Show all posts
jangan cari penyakit la
buatnya jangkitan kuman kat luka tu?
tunggu budak tu besar pun boleh

haiyoooo!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 05:43 AM | Show all posts
Baru jer ni jumpa kes budak ni darjah 2 pki anting2 bulat, punat anting2 yg bhgn belakang tu termasuk dlm telinga dia... binatang msk telinga pun skeri apatah lg logam emas msk telinga... huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2018 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak kecik lagi,  nak bertindik buat ape. Makin anak besar makin anak membuas dok main memanjat apa semua. X risau ke kalu tertelan ke, tertarik ke ape ke. Dah jadi satu hal lak. Seriau lak bila pikir. Lainla anak ko tu jenis tertib sopan 24/7 tapi i doubt la ada budak yang macam tu. X pakai subang pun anak still cantik comel. Dah namanye budak kan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.539217 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list