Umum maklum bahawa buah pinggang salah satu organ dalaman terpenting buat kita semua. Tetapi, tahukah anda apakah ciri-ciri buah pinggang yang tidak sihat?
Apa sahaja tanda-tanda tersebut?
1) Kerap berasa tidak bermaya
Foto: Valetedecopas.pt
Anda perlu tahu bahawa buah pinggang yang berkurang fungsinya akan mengakibatkan seseorang itu berasa mudah letih dan penat. Memetik MediaHipster, ini disebabkan benda asing serta toksin bertambah di dalam darah apabila berlakunya proses penapisan yang tidak baik.
2) Masalah tidur
Foto: Livestrong.com
Ini terjadi apabila toksin yang sepatutnya dibebaskan oleh buah pinggang masih berada dalam darah. Kesannya, ia akan membuat anda mengalami masalah tidur.
3) Kulit kering dan gatal
Foto: Kulit.autoimuncare.com
Kulit akan berubah menjadi kering apabila buah pinggang gagal mengimbangi mineral dan nutrien dalam darah.
4) Kerap kencing
Foto: Tajnews.sir
Cuba ingat balik, berapa kerap anda membuang air kecil pada waktu malam? Jika terlalu kerap, ia juga menunjukkan tanda kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik.
5) Ada darah di dalam air kencing
Foto: Cleartest.com
Air kencing berdarah juga salah satu tanda buah pinggang tidak dapat menapis darah dengan baik.
6) Kencing berbuih
Foto: Gidmed.com
Apabila keadaan ini berlaku, ia menandakan bahawa protein dalam tubuh telah keluar bersama air kencing tersebut.
7) Kaki bengkak
Foto: Stb.ua
Garam yang terdapat dalam tubuh akan kekal apabila fungsi buah pinggang merosot dan menjadikan kaki dan buku lali kian membengkak.
8) Kekejangan otot
Foto: Orthoarizona.org
Ia terjadi apabila elektrolit tidak seimbang dan tidak terkawal, seterusnya memberi kesan kepada otot.
9) Bengkak berterusan di mata
Foto: Fakt.pi
Protein yang sepatutnya ditapis buah pinggang masuk ke dalam air kencing dan keluar dari badan.
10) Selera makan hilang
Foto: Rearfront.com
Toksin yang banyak akan memberi beban kepada buah pinggang, lalu menyebabkan anda kurang berselera untuk makan.
Jika anda memiliki tanda-tanda berikut, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan sepatutnya.- CARI |