View: 1533|Reply: 6
|
Sindiket Guna Wanita Cantik Seludup Petrol
[Copy link]
|
|
Sebuah sindiket menggunakan wanita cantik dan muda sebagai modus operandi untuk menyeludup minyak petrol di kawasan sempadan, lapor BH Online.
Wanita terbabit akan mengisi minyak menggunakan kereta sebelum memasuki Thailand menggunakan laluan sah untuk menghantar bekalan minyak, kata Komander Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Mohd Asri Yahya.
Foto: BH Online/Internet
"Itu taktik baharu sindiket penyeludupan minyak berdasarkan risikan yang kini banyak menggunakan wanita muda, bagi mengaburi pasukan keselamatan.
"Memang kalau kita lihat, kita tidak sangka wanita muda terbabit membawa bekalan minyak untuk diseludup ke Thailand. Mungkin dia mendapat bayaran lumayan berbuat demikian," katanya.
Tambahnya, sindiket terbabit mengubah suai kenderaan yang digunakan supaya dapat memenuhkannya dengan lebih banyak bekalan minyak.
"Sebagai contoh bagi sebuah kereta Proton Waja yang sudah diubah suai, mereka mampu mengisi minyak bernilai RM400 hingga RM500, berbanding RM80 sebelum diubahsuai.
"Mereka cukup licik kerana bukan sahaja menggunakan pangkalan haram untuk menyeludup bekalan minyak itu, sebaliknya turut menggunakan laluan sah," katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
cam citer hindustan jer??????? |
|
|
|
|
|
|
|
guna la MPV byk skit bole bawa |
|
|
|
|
|
|
|
ada jugak pekdah wanita cantik tu
|
|
|
|
|
|
|
|
rakyat mesia tak kisah pun... kita sngt bermurah hati derma duit kat penyangak2 ni.... jap2, minyak kat mesia lagi murah la kan yg diorang ni gigih seludup bagai? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya analisa secara objektif.
Walaupun minyak di Malaysia sudah dibuang subsidi, namun begitu masih murah berbanding dengan jiran sebelah sehingga ada yang sanggup menerima risiko hukuman penjara untuk menyeludup minyak. |
|
|
|
|
|
|
|
stesyen minyak pn terlibat sama
ntah2 dorg pn dlm 1 sindiket. |
|
|
|
|
|
|
| |
|