CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2715|Reply: 11

Jawatan Pelik Yang Disandang Wanita Korea Utara, No.5 Paling Tak Masuk Akal

[Copy link]
Post time 7-2-2018 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Ramai tahu yang Korea Utara adalah sebuah negara yang mengamalkan polisi yang tertutup terhadap semua unsur-unsur luar. Ini tidak terkecuali dengan sektor pekerjaan dalam negara pimpinan Kim Jong Un itu. Semua warga mesti bekerja tidak terkecuali golongan wanita. Di bawah adalah 7 pekerjaan pelik yang dilakukan oleh golongan wanita di Korea Utara.


1. Polis Trafik



Sumber: express.co.uk



Polis trafik di sana ditapis dulu oleh pihak kerajaan kerana mereka mahukan wanita muda yang belum berkahwin sebagai kakitangan. Wanita-wanita ini dipilih bukan setakat merit, tapi melalui rupa paras sendiri oleh pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un. Walaupun Korea Utara tidak banyak jalan raya yang berturap, tapi mereka mahu menunjukkan imej kepada masyarakat luar negara yang melancong di bandar utama mereka. Mereka semua akan berhenti kerja selepas berkahwin atau setelah berumur 26 tahun. Siapa tak suka wanita cantik dihiasi setiap ceruk jalan di bandar bukan?


2. Petani



Sumber: voanews.com



Korea Utara telah menetapkan waktu bekerja seharian bagi warga negara mereka iaitu 8 Jam bekerja, 8 jam belajar sejarah kempimpinan mereka dan 8 jam untuk berehat dan tidur. Oleh kerana itu, ramai golongan bawahan seperti petani di sana hidup serba kekurangan atas faktor peluang pekerjaan disana yang kurang. Kalau di Malaysia, kebanyakan kaum lelaki kita lihat bersepah di ladang-ladang untuk bekerja, tetapi di Korea Utara perkara ini jarang berlaku kerana kaum wanita juga turut menyumbangkan tenaga mereka  dalam sektor pertanian. Dengan gaji sebanyak $1 atau $2 sebulan, mereka tidak menerima cuti bahkan kalau mereka mahukan cuti, mereka terpaksa membayar kerajaan 50 sen sehari. Rajin atau kejam?


3. Guru dengan kemahiran



Sumber: blog.kickresume.com



Menjadi guru di Korea Utara tidak memerlukan sijil diploma atau ijazah seperti di Malaysia kerana mereka disaring menggunakan satu sistem kemahiran yang agak pelik. Guru-guru di sana diuji dengan bermain akordion. Para pemimpin terdahulu telah menetapkan syarat bermain alat muzik itu wajib untuk seorang guru. Mereka akan bermain lagu seperti "Kita tidak perlu cemburu di dunia ini" yang rentaknya seakan-akan 'twinkle twinkle little star' sebelum memulakan kelas.


4. Buruh paksa



Sumber: news.com.au



Golongan penjenayah yang menerima hukuman dari pihak kerajaan sememangnya adalah golongan yang paling ditindas. Mereka dinafikan hak sebagai manusia dalam kem tahanan dan dipaksa untuk bekerja. Bukan setakat mereka, bahkan seluruh ahli keluarga mereka dipaksa untuk bekerja dalam kem tahanan yang dahsyat. Antara tugasan buruh paksa ini adalah melombong arang batu, menagangkat benda berat dan semua ini dibuat secara percuma. Mereka diberikan segenggam jagung sehari sebagai makanan yang mana mereka makan dalam keadaan berhimpit-himpit dalam sel tahanan. Ramai antara mereka yang disabitkan kesalahan atas tuduhan cubaan meninggalkan negara atau kesalahan jenayah yang lain.


5. Pengunjung Gereja



Sumber: washingtonpost.com



Situasi berlakon dalam negara Korea Utara ini dapat dilihat dalam kebanyakan rumah ibadat seperti gereja di ibu negara mereka sendiri. Para 'pelakon' ini kebiasaannya adalah wanita yang dibayar untuk menunjukkan imej yang murni kepada dunia luar. Gereja di Pyong Yang dipenuhi dengan wanita yang alim melakukan ibadat walhal di Korea Utara sebenarnya mereka menyekat kebebasan beragama. Ini semua dilakukan semata-mata mahu nampak 'tamadun' kepada dunia luar dan para pelancong yang berkunjung.


6. Bintang Pop



Sumber: hyperactivz.com



Seperti di Korea Selatan, Korea Utara pun mempunyai ramai artis popular yang disaring oleh pihak kerajaan. Rakyat Korea Utara dihiburkan oleh golongan wanita yang cantik menawan dipilih sendiri oleh pemimpin kerajaan seperti Kim Jong Un pada tahun 2012. Mereka rasa ianya sebagai satu penghormatan sekiranya terpilih untuk menaiki pentas dan menghiburkan rakyat. Ramai daripadanya adalah wanita dan jarang dari kaum lelaki. Cuci mata!


7. Pemeriksa Beras



Sumber: enduringamerica.com



Sebelum Kim Jong Un memerintah, bapanya Kim Jong Il yang dilaporkan sangat suka mengawal segala-galanya termasuklah perkara yang remeh temeh. Menurut bekas tukang masak mendiang Kim Jong Il, dalam banyak-banyak jawatan pekerja di rumah Kim Jong il, ada satu jawatan pelik yang dikhaskan untuk wanita iaitu memeriksa beras. Oleh kerana pemimpin Korea Utara itu hanya makan beras yang berkualiti sahaja, wanita pemeriksa beras itu perlu menyaring setiap butiran beras dari mata kasar dan membuang butiran yang tidak elok. Hanya butiran sempurna yang akan masuk ke dalam sistem penghadaman pemimpin mereka. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2018 03:18 PM | Show all posts
Dah namanya Korea Utara apa nak dipelikan semua yang pelik ada kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 04:02 PM | Show all posts
kesian tul rakyat dorg ek.. hidup terkongkong, hak sbg manusia dinafikan. depressed tul baca.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg peliknya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 10:32 PM | Show all posts
semuanya pelik di sana
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2018 11:48 AM | Show all posts
kesian kat dia org ni................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2018 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian depa neh
Hidup hidup.jenkena tipu
Jepun dh musnah la...
Kena.bom.la
Hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2018 09:48 AM | Show all posts
kesian betul kat rakyat korea utara ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2018 01:52 PM | Show all posts
sampaikan beras nak disaring sebijik sebijik. melampau
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 04:56 PM | Show all posts
adoi lah diaorg nie..menjelikkan, melampau
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 11:07 AM | Show all posts
saring  beras yg x lalu tu..juling mataaa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 11:29 AM | Show all posts
penyanyi tu lawa lawa je aku tengok

kegilaan apakah mahu check beras sebijik sebijik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.060914 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list