View: 3206|Reply: 9
|
Tergelincir Di Tapak Binaan, Buruh 'Disula' Batang Besi
[Copy link]
|
|
Nyawa masih panjang. Buruh binaan berjaya diselamatkan selepas tertusuk batang besi berkarat yang menembusi dari punggungnya hingga ke dada.
Buruh lelaki berusia 64 tahun itu berkata, dia hilang keseimbangan sebelum terjatuh di atas rebar sepanjang 31.5 inci yang digunakan untuk mengukuhkan konkrit.
Memetik Mirror, kejadian berlaku di Chenzhou, China. Doktor Zhang Jianwen yang merawat mangsa berkata, sekitar 24 inci batang besi itu menembusi tubuh mangsa dari punggungnya hingga ke bahagian dadanya.
Sebahagian daripada logam itu dipotong anggota bomba di lokasi kejadian sebelum membantu membawanya ke hospital.
Pasukan perubatan mengambil masa hingga enam jam untuk mengeluarkan batang besi berkenaan dari tubuh mangsa.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201802/06/181126fzhwx1cmeo4olo5o.jpg) Foto: Mirror
Difahamkan, beberapa organ mangsa termasuk paru-parunya mengalami kerosakan akibat kemalangan itu.
Mangsa dilaporkan stabil dan kini berada dalam pemantauan doktor di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan bantuan pernafasan untuk bernafas. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ngerinya.... ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
holisheett... memang miracle lah ankel nih masih bernyawa dan berjaya diselamatkan. Kesian. Semoga beliau cepat sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga pjg umur uncle..ni nk raya cina alahai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wa inna ilahirraji'un. Ajalnya belum sampai. Semoga dia pulih spt sediakala lalu mendapat taufik dan hidayah. |
|
|
|
|
|
|
|
mak oi...![](static/image/smiley/default/funk.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|