CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16299|Reply: 121

Drama Rantaian Promosi Pedofilia?

[Copy link]
Post time 29-1-2018 01:21 PM | Show all posts |Read mode

Sekarang ini sedang hangat sebuah drama rantaian di stesen televisyen swasta yang memaparkan kisah pelajar sekolah bercinta dengan seorang hartawan yang digelar sebagai “Pak Cik”.
Drama sebanyak 28 episod terbitan Creative Skill Solution itu diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan telah mula ditayangkan sejak akhir Disember lalu.



Kisah cinta 3 segi antara watak utama itu seterusnya mewujudkan sebuah perkahwinan berpoligami. Ia menjadi sangat popular dan sering ‘trending’ setiap kali ke udara.


Dalam pada menjadi bualan dan kegemaran peminat drama, konsep yang diketengahkan iaitu percintaan antara seorang lelaki yang digelar ‘Pak Cik’ dengan seorang pelajar sekolah menimbulkan rasa kurang senang di antara pengikut drama ini.



Tambahan pula dikatakan terdapat aksi-aksi romantis di dalam bilik yang dirasakan kurang sesuai kerana melibatkan seseorang yang berumur dengan pelajar.


Menurut netizen tidak wajar konsep ini diketengahkan. Ia seolah-olah mempromosikan pedofilia iaitu kecenderungan seksual ornag dewasa kepada kanak-kanak.






Oleh kerana watak utama yang kelihatan amat muda dan watak utama lelaki yang digelar ‘Pak Cik’ maka persoalan pedofilia ini timbul.


Menurut netizen juga perubahan fizikal dan penampilan watak utama wanita itu ketika bersekolah sehingga ke alam perkahwinan kurang berkesan lalu menimbulkan anggapan kepada promosi pedofilia ini.



CARI berpendapat mungkin netizen yang beranggapan begitu kurang faham erti pedofilia yang sebenar.


Sementelahan watak utama wanita adalah sedang bersekolah menengah tinggi dan berada di peringkat menengah atas. Jadi tidak timbul persoalan promosi pedofilia atau tidak. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 01:45 PM | Show all posts
Sementelahan watak utama wanita adalah sedang bersekolah menengah tinggi dan berada di peringkat menengah atas.


I tak tengok drama ni, tapi maksud ayat kat atas ni watak perempuan tu tingkatan 6 atas ker? 19 tahun?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 01:49 PM | Show all posts
budak tu watak sheols dah cukup umur. tapi entahla, iols tetap rasa geli dengan pairing ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 01:51 PM | Show all posts
CARI berpendapat mungkin netizen yang beranggapan begitu kurang faham erti pedofilia yang sebenar.


tp aku tetap geli sebab perbezaan umur yg hagak ketara. dan jalan citer die yg mmg menggelikan. aku tgk pun aku tak paham dah kenapa citer ni jadi sebutan satu malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 01:53 PM | Show all posts
walaupun ade yg mengaitkan citer ni ngan goblin  drama korea tu, goblin raksasa yg dah hidup beratus-ratus tahun tu, tp dlm drama tu takdela berpeluk peluk bersentuhan mcm drama ni skali. takdela org geli sgt
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 01:55 PM | Show all posts
watak tu umur 18-19 la masa dia kawin dengan pakcik. hadoiiiiii

tau tak maksuk pedophillia tu hape
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2018 01:56 PM | Show all posts
ok la ok la fine. si intan tu nampak muda sangat, kalau tiz zakiah or emma maembong kurang la sikit nampak beza umur
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetibe rasa remy hensem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Aduradura at 29-1-2018 01:59 PM

Kalau remy dgn mcm nelydia senrose ke, takde la geli kot...tp dgn intan ni, kalau ade part sweet, cringey sgt...geli ~ intan yg skrg (kurus kering) nmpk too young utk watak heroin
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 02:03 PM | Show all posts
buat berita dari komen ig ke, serius lah? ggggrrrrrrr

drama coffee prince yang promot LGBT xde issue pun huhuhu ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tomaz at 29-1-2018 02:11 PM

Iolss rasa sbb body si intan ni yg x nmpk mcm remaja. Mcm body bebudak yg baru nak tumbuh segala mala. Tu yg nmpk weird. Mcm cringe je tgk duk berpeluk ngn pakcik. Umur2 18/19 rasa nya body pompuan x de la mcm bebudak dah. Ke zaman skrg dah makin mengecil? Kurang hormon kah? Malas nak taip lelebih kang di katanya iolss body shaming budak ni


Disclaimer: iolss x tgk cerita euww ni

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Umo 18/19 dah cukup umo. Tak dikategorikan pedofilia dah.. bawah 17tahun barulah pedo.. apapun tiap kali aku tengok iklan drama ni di fb tv3, aku geli. Budak pompuan ni kecik sgt kot badan nya sampai betol2 nampak macam form 3/4 jah. Huhu. Remy tu as usual la.. kuat sgt aura bangla nya. Mmg hakikat netizen malaysia ni suka org berwajah bangla/paki ni tapi indenial
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 02:15 PM | Show all posts
umur dia dah cukup la utk kawen.. pedo apanya..
cuma body dia je kecik..
eh helo ramai je kaum wanita umur umur 20-an keatas pun kecik leper ok.. tak semua orang bodynya voluptous hourglass segala
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 29-1-2018 01:53 PM
walaupun ade yg mengaitkan citer ni ngan goblin  drama korea tu, goblin raksasa yg dah hidup beratus ...

Masa yg budak pompuan tu peluk remy dari belakang kat balkoni tu iols rasa geli gila. Macam nak tunjuk dua2 baru puas haha.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 02:21 PM | Show all posts
samalah...maybe heroin xsesuai dgn remy...kdg2 rasa lbh bai dia plh isteri pertama dia..instead of watak bdk tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 02:21 PM | Show all posts
aku pun geli tgk drama nie... ketara beza giler..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tak tengok citer ni sebab heroin tak best..takdak auraa
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok iklan pun dah geli apatah lagi nak tgk drama ni. Bahkan baca tajuk drama pun dah geli. Cane ntah blh meletop sgt cite ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 02:26 PM | Show all posts
aku x tgk drama
tp baca korang nya komen
rasa geli plk
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 02:27 PM | Show all posts
xtengok pon..rasa konon2 mcm nk ikut cite Goblin korea kot,,pakcik bercinta ngn bdk sekolah..tp...hampeh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.081399 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list