CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3531|Reply: 32

[Tempatan] Kenaikan OPR tak bebankan pengguna..betul ke??

[Copy link]
Post time 27-1-2018 08:50 PM | Show all posts |Read mode
NEW DELHI – Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus  tidak akan membebankan pengguna, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, ini berikutan kadar kenaikan OPR itu membabitkan jumlah yang kecil.

“Langkah itu sebaliknya memberi kesan positif untuk mereka termasuk yang menabung. Mereka akan mendapat faedah yang lebih tinggi di atas tabungan berkenaan,” katanya pada sidang media bersama pemberita Malaysia di sini, hari ini.

Najib yang tiba di sini pada Rabu, kini dalam rangka lawatan kerja dua hari ke di ibu negara India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India bersempena ulang tahun  ke-25 dialog ASEAN-India.

Beliau mengulas keputusan BNM pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini untuk menaikkan kadar OPR bagi mengembalikan dasar monetari ke paras yang wajar dengan ekonomi  negara berada pada landasan pertumbuhan yang menggalakkan.

Kali terakhir BNM mengubah kadar utamanya pada Julai 2016 apabila ia mengurangkan 25 mata asas.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, keputusan BNM itu dibuat berasaskan kepada kekuatan ekonomi negara yang semakin kukuh selain berpendapat sudah sampai masanya tindakan  diambil bagi menstabilkan semula kadar faedah yang rendah di Malaysia.

“Kenaikan OPR ini akan memulihkan keadaan yang mana selepas enam suku, ia dikembalikan kepada kadar sebelum ini.

"Ini juga bagi mengelak kita meneruskan rejim kadar faedah yang rendah dan boleh membawa risiko besar ke atas negara," katanya. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2018 08:52 PM | Show all posts
nak kena tunggu bank mana yg mula2 buat rasionalisasi kadar interest diaorg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2018 08:57 PM | Show all posts
Edited by wirazam at 27-1-2018 09:34 PM

Dilampirkan sejarah turun naik OPR untuk 10 tahun...sumber dr BNM

  
Tahun
  
Kadar Faedah  Semalaman OPR
Status
Jan 2008
3.50
Kekal
Feb 2008
3.50
Kekal
Apr 2008
3.50
Kekal
May 2008
3.50
Kekal
Jul 2008
3.50
Kekal
Aug 2008
3.50
Kekal
Oct 2008
3.50
Kekal
Nov 2008
3.25
Kekal
Jan 2009
2.50
Turun
Feb 2009
2.25
Turun
Apr 2009
2.00
Turun
May 2009
2.00
Kekal
Jul 2009
2.00
Kekal
Aug 2009
2.00
Kekal
Oct 2009
2.00
Kekal
Nov 2009
2.00
Kekal
Jan 2010
2.00
Kekal
Mac 2010
2.25
Naik
Mei 2010
2.50
Naik
Jul 2010
2.75
Naik
May 2011
3.00
Naik
Jul 2014
3.25
Naik
Sep 2014
3.25
Kekal
Nov 2014
3.25
Kekal
Jan 2015
3.25
Kekal
Mar 2015
3.25
Kekal
May 2015
3.25
Kekal
Jul 2015
3.25
Kekal
Sep 2015
3.25
Kekal
Nov 2015
3.25
Kekal
Jan 2016
3.25
Kekal
Mar 2016
3.25
Kekal
May 2016
3.25
Kekal
Julai 2016
3.00
Turun
Sept 2016
3.00
Kekal
Nov 2016
3.00
Kekal
Jan 2017
3.00
Kekal
Mar 2017
3.00
Kekal
May 2017
3.00
Kekal
Jul 2017
3.00
Kekal
Sep 2017
3.00
Kekal
Nov 2017
3.00
Kekal
Jan 2018
3.25
Naik


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
So,makin sendu lah segala business, bertambah jumlah duit  yg ditarik dari pasaran
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 27-1-2018 08:52 PM
nak kena tunggu bank mana yg mula2 buat rasionalisasi kadar interest diaorg

Cimb paling awal dah start bang... Laju btl
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 11:23 PM | Show all posts
Growth diramal antara 5-5.9% tahun ni, bila growth naik mendadak, inflation pun secara natural akan ikut naik, so kena tighten sikit, lebih pada strategi nak kawal inflation rasa nyerr...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2018 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau akaun ada 2.6 billion boleh la kot gembira, tp yg byknys loan
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 11:33 PM | Show all posts
Oil & Gas & Finance nyerrr stocks boleh jadi $$$$$$$ niii......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2018 01:01 AM | Show all posts
apo OPR ni.. so maknanya loan rumah pun yang ikut BLR ni naik ke apa . akak bimbo lak topic finance ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2018 01:18 AM | Show all posts
mesmerize replied at 28-1-2018 01:01 AM
apo OPR ni.. so maknanya loan rumah pun yang ikut BLR ni naik ke apa . akak bimbo lak topic financ ...

OPR = Oppo R1 ( selfie 23 megapixel)

OPR overnight policy rate - kadar yang di tentukan bank negara untuk putaran kewangan antara bank , pernah tengok roda impian? saya putar halim. cmtulah OPR

situasi OPR :
OPR naik > interest rate naik > loan repayment naik > disposable income jatuh > dulu sebulan makan kfc satu barrel, lepas OPR naik makan chicken wings je

OPR turun> interest turun> loan repayment murah ( effect interest payment sahaja bukan duit pokok) > disposable income naik> ada duit lebih boleh beli Oppo R1



Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2018 08:32 AM | Show all posts
jangan complain la bodoh. Ringgit banyak mengukuh sekarang sebab kenaikan OPR ini lah

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2018 09:45 AM | Show all posts
So yang buat loan guna Islamic banking affected tak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2018 11:41 AM | Show all posts
Bleh bikin overlap bank rakyat sy musti pilih lg tak

Usop bin sontorian
par pejabat t****h
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2018 04:54 PM | Show all posts
ari tu zahid kata cadang nk trunkan interest rumah ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2018 06:01 PM | Show all posts
Ini Penerangan Paling Senang Faham Tentang Bank Negara Naikkan Interest Rate

OPR Naik 25 Mata.
Dari 3.00 kepada 3.25 peratus.
.
Apa itu OPR?
(Overnight Policy Rate)
Ni semua Bank Negara punya kerja, utk mengawal interest rate dalam negara dan seterusnya mengawal beberapa perkara penting lain dalam ekonomi negara.

contoh:
Untuk ‘man on the street’ macam kita, lower interest rate means cheaper borrowing cost.  higher interest rate means expensive borrowing cost.

Kaitan dia macam ini.

Bila ekonomi terlalu pesat, syarikat atau kilang untung banyak, gaji pekerja naik, bonus 24 bulan, apa akan jadi?

Semua orang akan ada banyak duit. Bila duit terlalu banyak dalam pasaran, nilai duit jadi macam mana?

Nilai duit akan jatuh. Itu yang kita panggil inflasi.

Sebab semua orang ada duit. Lepas tu, peniaga akan buat apa?

Peniaga akan naikkanlah harga. Ala-ala macam bid lah. Sapa yang ada duit lagi banyak, dialah yang dapat beli barang.

Hasilnya, harga barang naik lebih tinggi.

Jadi, antara cara untuk kawal inflasi, adalah dengan menaikkan interest rate.

Macam aku cakap tadi, interest rate tinggi bermaksud higher borrowing cost.

.
Apa tujuan OPR dinaikkan?
- Mengurangkan rakyat Malaysia buat
pinjaman.
- Mengurangkan permintaan(demand).
- Memperlahankan sedikit ekonomi.
.

Apa kesannya?.
- Susah nak buat pinjaman.
- Susah nak buat pinjaman.
- Susah loan nak lulus.
- Syarat loan jadi ketat.
- Kalau dah meminjam, interest tinggi (BLR tinggi).
- Bayaran pinjaman sedia ada meningkat.
- Bayaran ASB loan naik.
- Bayaran loan rumah naik.


Tujuan utama bank Negara menaikkan OPR adalah untuk mengawal landasan pertumbuhan yang menggalakkan, MPC mengambil keputusan untuk mengembalikan dasar monetari ke paras yang wajar.

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2018 06:15 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 28-1-2018 01:18 AM
OPR = Oppo R1 ( selfie 23 megapixel)

OPR overnight policy rate - kadar yang di tentukan bank ne ...

thanks dek.. walaupun hang duk promoto oppo je dalam reply tu tapi menjawap juga soalan akak ni..
that's it.. akak nak cashkan loan rumah soon.. tapi sayang pulak duit saving  ..duit saving la generate dividen tahunan selama ni.. tapi sakit hati pulak bayar interest loan rumah tinggi2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2018 07:24 PM | Show all posts
mesmerize replied at 28-1-2018 06:15 PM
thanks dek.. walaupun hang duk promoto oppo je dalam reply tu tapi menjawap juga soalan akak ni..
...

saving pun nak lah sis fixed deposit. OPR naik > interest rate naik >fixed deposit naik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2018 07:37 PM | Show all posts
lostnfaun replied at 27-1-2018 11:08 PM
Cimb paling awal dah start bang... Laju btl

cepat betul CIMB nih...bab naik2 ni mmg laju je
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2018 08:03 PM | Show all posts
tobby replied at 28-1-2018 06:01 PM
Ini Penerangan Paling Senang Faham Tentang Bank Negara Naikkan Interest Rate

OPR Naik 25 Mata.

thx atas pencerahan.

cuma x faham apa kena-mengena naikkan OPR dgn ummah banyak duit bonus?....

bab kurangkan meminjam tu aku faham lah.



Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2018 08:04 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 28-1-2018 07:24 PM
saving pun nak lah sis fixed deposit. OPR naik > interest rate naik >fixed deposit naik

ari tu ternampak iklan fixed deposit maybank tapi aku cari semula tak jumpa dah.... any idea?



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.065562 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list