CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2140|Reply: 2

Malang Tak Berbau! Ini Perkara Wajib Buat Jika Diragut

[Copy link]
Post time 25-1-2018 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Panik adalah situasi yang sesuai jika kita mahu bayangkan keadaan selepas diragut. Itu adalah fitrah dan normal. Jika tidak panik, ada juga yang trauma selepas pernah kena ragut kerana barang berharga hilang dan sememangnya menyukarkan kehidupan seharian kita kerana banyak perkara perlu diselesaikan. Mari kita lihat, apakah yang sepatutnya anda lakukan jika berdepan dengan situasi seperti ini.

Sumber: omaQ.org



Campakkan segala barang berharga anda jauh dari anda
Lakukan perkara ini sekiranya mereka mempunyai senjata tajam. Walaupun ada sesetengah peragut hanya menggunakan senjata ini untuk menakut-nakutkan anda, fahamilah bahawa mereka pun takut juga sebenarnya. Untuk menjaga nyawa anda, adalah lebih selamat jika anda mencampakkan barang anda dan berlari ke arah berlawanan untuk menyelamatkan diri.
Tarik perhatian orang sekeliling
Pelbagai cara boleh digunakan antaranya menjerit untuk meminta pertolongan sekuat hati. Dengan cara ini, peragut akan panik dan kebiasaanya mereka akan menyelamatkan diri mereka sebelum lunyai dibelasah orang awam. Orang awam juga boleh membantu siasatan polis kerana mereka boleh membantu mengecam nombor plat, jantina, bilangan, pakaian dan jika bernasib baik, rupa mereka sekali.
Lari ke arah selamat
Apakah tempat yang selamat yang dimaksudkan? Cari kedai sebaneka, runcit, atau pun stesen minyak berhampiran untuk mendapatkan bantuan mereka. Jangan keluar sehingga pihak polis tiba kerana ada kemungkinan mereka akan berpatah balik untuk meragut anda semula.



Sekiranya anda telah dicederakan
Buat laporan polis dahulu sebelum pulang ke rumah dengan ditemani pihak polis, ahli keluarga atau kawan anda. Jangan lupa singgah di klinik dahulu dengan mereka untuk merawat kecederaan anda.
Hubungi pihak bank dan ubah semua kata laluan
Apabila sudah selesai semua urusan, pastikan anda memaklumkan kepada pihak bank atas kejadian ragut dan mematikan semua fungsi kad kredit, debit, atau kad bank anda. Sekiranya anda kehilangan telefon ketika kes ragut tadi, tukar semua kata laluan untuk menghalang pencuri maklumat menggunakan data peribadi anda untuk kepentingan mereka.

Kalau peragut tidak bernasib baik, kena 'lauk' dek orang awam

Sumber: sinarharian.com.my


Malang tak berbau, sebaik-baiknya kita harus pengurangkan risiko menjadi sasaran peragut supaya kejadian yang tidak diingini tidak berlaku. Sebagai kaedah berjaga-jaga, bawa alat keselamatan peribadi seperi semburan lada atau wisel kecemasan. Bukan kita minta, tapi manalah tahu benda dah nak jadi kan? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2018 02:33 PM | Show all posts
harap2 tak terjadi kat kita...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2018 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkara yg paling takut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.052914 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list