CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2414|Reply: 10

Bijak Budak Sekolah Sekarang, Nak Ponteng Sekolah Pun ‘Request’ Uber

[Copy link]
Post time 25-1-2018 01:46 PM | Show all posts |Read mode





Budak sekolah sekarang ini memang bijak dan kadang kala mereka mampu berfikir perkara yang kita sendiri tidak terfikir. Jika perkara yang dilakukan itu mendatangkan kebaikan kepada diri dan orang ramai, ia wajar dipuji.

Tetapi, jika ia boleh merosakkan masa depan dan menyebabkan perkara tersebut menjerat diri,ia sama sekali tidak boleh dibiarkan dan perlu diambil tindakan.

Seorang pemandu Uber bernama Mohd Rafi’ul Anuar berkongsi kisah benar yang berlaku pada dirinya. Budak sekolah berumur 13 tahun sudah pandai menyuruhnya berbohong dengan memintanya mengaku sebagai bapa kerana ingin ponteng sekolah.



Mereka ‘request’ Uber dari sekolah dan di depan pagar sekolah itulah mereka memujuknya supaya mereka mendapat kebenaran daripada guru untuk keluar.









Netizen pun ramai yang terkejut dan sedih dengan perangai budak sekolah zaman sekarang ni. Mereka terlalu berani dan tidak berfikir panjang akan apa yang bakal berlaku kepada mereka sekiranya tersilap langkah.


Jenayah sekarang ini pun berleluasa dan mereka seolah-olah tidak takut.







Inilah padahnya jika budak sekolah dibenarkan membawa telefon pintar ke sekolah. Memang terlebih pintar dah. Bukan setakat ibu bapa sendiri yang tidak dapat mengawal aktiviti anak-anak, cikgu sekolah pun dah tak mampu.


Lagi-lagi, ibu bapa pun dah berani saman cikgu jika memberi hukuman kepada anak mereka.





Serius, seram betul dengan perangai budak sekolah zaman sekarang. Kalian rasa wajar ke bawa telefon pintar ke sekolah? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2018 01:57 PM | Show all posts
patut kos bertambah..selain nak kena beli baju, seluar, kasut sekolah utk anak..smartphone + top up pun kena sediakan utk anak...
zaman aku dlu takder...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Cabaran membesarkan budak zaman sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bdk2 zaman skrg Ni making rosak {:laugh
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 03:03 PM | Show all posts
amboi..terlebih cerdik budak2 sekarang.. banyak betui akai diaorg..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu belum lg yg duk asrama.. Anak kawan i umur 13-14 tahun dah pandai call uber amik dlm asrama pergi merayau kat bandar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2018 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak sekolah sekarang dah berduit..ramai yg dah pandai buat online bisnez.slime la squishy la..tula langkah pun makin jauh
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 04:05 PM | Show all posts
Takutnya nak membesarkan anak-anak zaman sekarang.
Macam-macam perangai pelik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2018 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kang kena cabul...menangis....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Beraninya kau dek
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
minta jauh lah dari keturunan aku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.045446 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list