CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3724|Reply: 21

Pulangkan Roti Hanya Kerana Potong Tak Sama Saiz? Macam Mengarut Je!

[Copy link]
Post time 24-1-2018 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Gara-gara roti sandwich keju yang dibeli tidak dipotong sama besar, pelanggan ini nekad memulangkan kembali roti yang dibelinya! Amboi, over tau!






Adakah anda akan memulangkan roti itu sekiranya perkara sama berlaku kepada anda? Rasanya, mesti ramai yang menganggap tindakan pelanggan itu sebagai mengarut. Makan sajalah, kan? Tak perlu susah-susah fikir dan ukur. Adakah terlalu ketara perbezaannya hingga dia nekad memulangkan roti itu?








Menurut Mirror, staf yang menerima komplen daripada pelanggan terbabit menganggap ianya amat melucukan, namun selepas mengukur ternyata dakwaan pelanggannya adalah benar. Roti sandwich keju itu tidak dipotong dengan tepat iaitu kurang 1cm pada sebelah bahagian.


Ketua Pegawai Eksekutif kelab Corowa RSL, Peter Norris memuat naik gambar roti berkenaan sebagi bukti di Linkedln.






Foto: Mirror/Linkedln




Walaupun nampak remeh dan melucukan, namun beliau bersetuju pernah menerima aduan daripada beberapa pelanggan yang pelik dan mahukan semuanya sempurna seperti kejadian berkenaan.


Katanya, pihaknya bertanggungjawab di atas kesalahan ini kerana memotong roti berkenaan tidak sama rata. Walaupun agak remeh, dia tetap mengutamakan keselesaan dan permintaan pelanggan.  








Alamak, kurang 1cm saja! Berbaloi ke nak menyusahkan diri untuk memulangkan roti tersebut? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 11:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 11:44 AM | Show all posts
cerewetnya la haiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 11:55 AM | Show all posts
aduh cerewet tulllllllllllllllll mkn je le
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 11:58 AM | Show all posts
sejenis ocd nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo dia mkn seorg over la nak pulangkn tp kalo dia share mkn yg seorg dpt kecil la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2018 12:51 PM | Show all posts
1cm tu kira besar ikutkan tapi ni roti je kot, telan je la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:52 PM | Show all posts
kalo iols jadi staff yang terima komplen tu, iols amek roti tu baling kat muka customer tu, then resign. koasser nak layan menda-menda sampah camni.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 12:55 PM | Show all posts
Bake je la roti sendiri. Then potong la secara terperinci ikut measurement macam mana nak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Beza seinci ok lg. Beza banyak tu yg xbleh terima
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 01:05 PM | Show all posts
Walaupun nampak cerewet tapi itu ler kuasa pengguna disana kalau kat sini sebab ramai yang lebih suka mendiamkan diri dan berlebih kurang tu yang kadang makanan yang dihidangkan nampak cincai je
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 01:10 PM | Show all posts
adoilaaaa.....
ada gak orang cenggini ek.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 04:08 PM | Show all posts
err i pernah la jumpa customer yang berkira yakmat. masa tu jaga music school. ada satu parent buat monthly fee anak dia guna cek. tapi dia sign tu tak terang. mcm masa tgh sign ink pen habis. lepas tu dia sambung signature tu. so i worried if cek tu tak laku and mintak dia issue another cek. dia tak mau .. and said "u cuba bank in dulu. kalau tak boleh then i issue lagi satu. sekeping cek ni cost me 30 sen". yg i pun bodoh .. ambik jgk cek tu. then i ngadu kat another friend. my friend marah .. dia cakap kenapa u tak bagi je dia 30 sen .. dan insist dia issue another cek? oo haá ek.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 04:35 PM | Show all posts
pittjie replied at 24-1-2018 04:08 PM
err i pernah la jumpa customer yang berkira yakmat. masa tu jaga music school. ada satu parent buat  ...

endingnye, cek tu berjaya ditunaikan tak chuols? mmg ada manusia yg berkira hatta 10 sen. #wujudweh
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 04:41 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 24-1-2018 04:35 PM
endingnye, cek tu berjaya ditunaikan tak chuols? mmg ada manusia yg berkira hatta 10 sen. #wujudwe ...

haha i tak ingat la pulak cek tu berjaya ditunaikan ke tak. tapi mmg parent tu berkira nak mampus. buku2 music anak2 dia dia hutang tak bayar2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 04:44 PM | Show all posts
pittjie replied at 24-1-2018 04:41 PM
haha i tak ingat la pulak cek tu berjaya ditunaikan ke tak. tapi mmg parent tu berkira nak mampus. ...

alahai, ttiba meols jatuh kesian dgn anak2 dia. kalau bab2 pembelajaran pun berkira, agak2 makanan anak2 pun dia catu tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 05:20 PM | Show all posts
ocd kronik ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 05:29 PM | Show all posts
cerewet sgt ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang ada orang jenis suka berkira kan. Kawan dgn sorang secretary ni dia pernah tagih orang yg hutang 10 cent dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Perfectionist lah ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.444548 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list