CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2130|Reply: 17

Kelab Dangdut Tepi Masjid, Buat Penduduk Di Kuala Terengganu Resah

[Copy link]
Post time 24-1-2018 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Sebelum ini pernah ditegur, tapi tidak diendahkan. Kelab dangdut untuk warga emas ini telah mengundang ketidakselesaan penduduk di  Kampung Telari, Manir, Kuala Terengganu.


Penduduk setempat pernah memberi teguran kepada pemilik premis berkenaan namun tiada tindakan lanjut yang dilakukan.


Menurut mStar Online, kelab tersebut sudah lima tahun beroperasi dan menjadi tarikan warga emas berusia 60-70 tahun.


Difahmakan, kelab ini menyediakan hiburan tarian mengghairahkan dari wanita muda yang seksi dan berpakaian ketat.

Foto: Bernama


Aktiviti di kawasan berkenaan dikesan seawal jam 9 malam hingga ke awal pagi.


Warga emas tanpa segan silu menyanyi dan menari, disulami dengan usur lucah.


Pelanggan juga ada memberi tips kepada penari dengar kadar yang bersesuaian dengan persembahan.


Lebih memalukan, pihak tersebut langsung tidak malu kerana kelab dangdut berkenaan cuma terletak 200 meter dari kawasan masjid.


Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Zaki, 41, berkata,


“Aktiviti dangdut diadakan antara tiga hingga empat kali seminggu dengan empat hingga lima penyanyi dibawa dari Kelantan.


“Kebanyakan pengunjung yang datang terdiri daripada warga emas, mereka juga dilihat langsung tidak menghormati jemaah yang mengadakan program keagamaan di masjid kerana jaraknya terlalu dekat,” katanya. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 11:25 AM | Show all posts
mak oiiiii.....dah macam kat INDON...nti kene pepah dgn Tsunami baru nak igt Donia agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:49 PM | Show all posts
200 meter dari masjid pun bertahan sampai bertahun
baculnya penduduk kampung ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 01:18 PM | Show all posts
beraaaakkk nanangggg doh nimm
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 01:24 PM | Show all posts
Satu aktibiti yang ceria dan menarik, sa-moga teros berkembang di tompat-tompat lain. Osah dipedolikan spesis lobai taliban yang iri hati melihat orang lain hidop gombira dan sonang hati..  
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 01:44 PM | Show all posts
kalau xde demand,xde supplynya kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2018 07:32 PM | Show all posts
200m dari masjid.. bg aku jauh je... bukan bebetul sebelah...

as long as bukan time2 tgh ornag sembahyang.. dorang x melalak..okay je..

its a choice.. ppl choose to go kan... kenape nak katup...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak jadi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandanglah secara positif, kan itu lebih baik kerana ia dapat menguji keimanan seseorang muslim, samada benar2 teguh atau idak. Kenapa umah islam selalu negatif aje?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 08:24 PM | Show all posts
org manir bengkeng wehhh

kena panah petir baru ada akai
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kt tempat i, akak ni buka kelas zumba atas pusat tahfiz..
Akhirnya pusat tahfiz tu surrender pindah tempat lain..org tgh ngaji boleh ada lagu zumba kt atas dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Anggap je la satu bentuk riadah untuk warga emas.apa yang kecoh sangat
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 24-1-2018 08:40 PM
Dulu kt tempat i, akak ni buka kelas zumba atas pusat tahfiz..
Akhirnya pusat tahfiz tu surrender p ...

xde org sound akak zumba tu ke? ksian pulak bebdk tgh ngaji tetibe lagu zumba berkumandang kuat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
I believe kelab dangdut tu tak pernah lg insiden ummah geyes membogelkan ummah sunni seperti yg berlaku di Kelantan suatu ketika dlu... lepas solat terus bogelkan budak 15 tahun... Isele sgat... Oh! Tk dilupakan kes OKU kena liwat kt masjid... so, what’s wrong kelab dangdut sebelah masjid kalau kelab dangdut lagi ‘bersih’ dari so called maksiat compare to masjid? Gittuhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
si jamal jamban taknak berdemo sambil goyang gerudi depan pejabat mb ganung ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 24-1-2018 09:42 PM
xde org sound akak zumba tu ke? ksian pulak bebdk tgh ngaji tetibe lagu zumba berkumandang kuat..

Xde org sound pun..tempat tu lot kedai baru buka..kebetulan plak zumba n tahfiz tu buka serentak..
Skang zumba tu kekal kt situ..tahfiz tu pindah mana xtau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan masalah nak halang berhibur,

Tapi kalau tengok dari gambar tu umpama kelab murahan macam premis tak berdaftar aja..ada kelulusan ke tak tu?

Lagipun, kalau masjid dekat, pasti ada kawasan perumahan kat situ. Apa lahanatnya berdangdut sampai pagi...tak ke dah menganggu penduduk kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau takder yang menonton, x der lah persembahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.059133 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list