View: 3285|Reply: 10
|
Ini Memang Rare! Daun Mulberi Celup Tepung, Penuh Dengan Khasiat
[Copy link]
|
|
Anda pasti pernah dengar nama buah mulberi. Bagi yang gemar bercucuk tanam, kami yakin buah mulberi pasti ada dalam taman anda!
Ramai yang suka tanam pokok mulberi kerana khasiatnya yang pelbagai. Selain buahnya yang sedap, tak ramai tahu yang daun mulberi juga boleh dimakan dan juga mempunyai khasiat yang pelbagai!
Jom cuba resepi ini!
Bahan-bahan:
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil serbuk kari untuk sedikit rasa pedas.
Secubit serbuk lada putih & garam
Air suam
Cara-cara:
Campur kesemua bahan dengan air suam. Bancuhan hendaklah tidak pekat dan tidak cair.
Setelah kesemua bancuhan sebati, celup daun dan goreng sehingga garing. Gunakan api sederhana. Angkat, toskan dan sedia untuk dimakan.
Foto: FB
Antara khasiat Daun Mulberi:
1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
5. Membantu dalam kehilangan berat badan
6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk
7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
12. Menambahkan tenaga
13. Meningkatkan produksi susu badan
14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)
Foto: FB
Jangan lupa cuba resepi ini ya! Rugi kalau tak cuba kerana banyak betul khasiatnya! -CARI
Kredit resipi: Sumaiyah Abdullah |
|
|
|
|
|
|
|
iya.. tp ku baca kalu makan dekat nk bersalin .. cepatkan kontraksi |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap...
Dbuat ulam&buat msk lemak cili api |
|
|
|
|
|
|
|
owh.. lepas nie boleh sruh ayah iolss kutip daunnya plak.. slalo mkn buahnya jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
moonbug: Mana nak cari daun ni
Rumah jiran/tepi jalan. Orang Cina keringkan daun mulberri untuk buat teh. |
|
|
|
|
|
|
|
haa petang kang makcik gi petik daun ni, goreng celup tepung bestari. ahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
DeeHanania replied at 23-1-2018 08:53 AM
Sedap...
Dbuat ulam&buat msk lemak cili api
Tak pahit ke?? Kat kampung ade mak tanam pokok ni..kalau sedap meols nak balik ambik la nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
goreng kan? macam defeat the purpose
rebus jela minum airnya ke telan dengan nasi ke. |
|
|
|
|
|
|
| |
|