Ibu-ibu atau si dara yang rajin memasak kadang-kadang mesti stres apabila bekas pengisar melekat dengan bau bawang dan cili. Lebih menyakitkan hati, melekat pula kesan kunyit yang susah nak ditanggalkan.
Foto: The Spruce
Walaupun sudah direndam semalaman dan disental berjam-jam lamanya, masih ada bau melekat hingga risau takut ia turut melekat pada bahan masakan yang akan dimasak.
Foto: kelabmama.com
Eh, tensionlah macam ni!
Nak buat macam mana ya?
Ha, jom tengok cara mudah dan cepat untuk menghilangkan segala bau dan warna kekal yang melekat pada bekas pengisar dengan hanya menyediakan bahan-bahan berikut:
1 biji limau nipis
3 sudu makan beras
Air secukupnya
Foto: Mother Nature Network
Caranya, potongkan limau nipis kecil-kecil. Kemudian, di dalam pengisar masukkan beras dan air. Masukkan limau yang dipotong kecil dan kisar bersama beras.
Kisar dalam 15-20 saat dan tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain. (Jangan dibuang dulu, ya!) Cuci bersih pengisar.
Hampas limau yang diasingkan tadi boleh digunakan untuk membersihkan bahagian luar dan dalam pengisar. Cara ini boleh menghilangkan kesan kuning degil dan bau pada pengisar.
Selamat mencuba! - CARI |