Pernah tak perasan terdapat garis halus pada daging ayam yang mentah semasa anda mencucinya? Garis ini kebiasaannya kelihatan agak samar dan bersatu dengan baik bersama daging ayam.
Tahukah anda menurut kajian dari University of Arkansas dan Texas A&M, garis putih pada ayam ini semakin mudah didapati pada ayam.
Daripada 285 ekor, sebanyak 96 peratus ayam memiliki garis putih yang berada pada bahagian dada.
Memetik laporan Daily Mirror, bahagian putih ini menunjukkan lemak yang banyak pada ayam tersebut. Ianya juga merupakan penanda aras untuk kualiti daging ayam tersebut.
Bagaimanapun, garis tersebut secara keseluruhannya tidak akan merosak kualiti ayam tersebut malah akan membuat si pemakannya lebih kenyang berbanding dengan ayam yang kurang lemak.
Salah seorang penyelidik utama Pertanian, Badan Litbang Pertanian IPB iaitu Dr. Tike Sartika menyatakan bahawa garis putih tersebut merupakan lemak daging dari baka yang berkualiti tinggi.
"Biasanya garis putih itu tidak ada kerana lemak ayam berada di bawah kulit. Tetapi bagi ayam yang mengandungi protein tingg, lemak akan timbul pada daging. Tetapi ianya bukanlah sesuatu yang buruk,” ujar Dr.Tike.
Tambahnya lagi, semua lemak akan membuat daging lebih garing dan sedap. Cuma perlu mengawal pengambilannya kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kolesterol tinggi.
Disebabkan itu, bagi mereka yang sedang menjaga makan atau berdiet sangat disarankan untuk memakan dada ayam dengan cara merebus dan bukannya digoreng.
Ha, lepas ni boleh lah pilih ayam yang ada garis putih kalau nak rasa ayam yang lebih sedap. - CARI |