Selalunya bila tiba hari perkahwinan,pengantin mestilah tak ada masa nak buat perkara lain selain mempersiapkan diri sendiri untuk melaram masa bersanding kan?
Bagi pengantin perempuan, mestilah sibuk bersolek dan sebagainya agar penampilan akan kelihatan sempurna dan pastilah tak kurang juga bagi pengantin lelaki.
Namun, seorang pengantin lelaki dari Pahang yang dikenali sebagai Syukri ini berjaya menarik perhatian ramai kerana sanggup turun padang memasak sendiri di hari perkahwinannya.
Katanya, dia mengambil masa 4 jam untuk memasak sebagai meraikan para tetamunya seramai 2000 orang.
Bukan itu sahaja dia memasak lebih dari 10 jenis nasi, di samping 6 jenis air dan 7 jenis lauk pauk.
Apa yang penting semuanya habis dan tiada langsung pembaziran. Baginya dia tidak kisah menghabiskan duit sebanyak RM9000 untuk makanan sahaja.
Paling menarik Syukri cuma memakai pakaian pengantin berharga RM150 untuk dirinya dan RM250 bagi isterinya.
Sumber : Google
Difahamkan Syukri adalah seorang pengusaha katering. Mungkin ini merupakan salah satu strategi untuk melariskan perniagaannya?
Sambil menyelam minum air.
Sumber : Google
Ramai yang memuji usaha pengantin tersebut yang lebih mengutamakan tetamu berbanding membelanjakan duit pada benda-benda tidak berfaedah yang lain.
Rasanya luar biasa kalau pengantin sendiri yang turun memasak. Ada lagi tak pengantin rajin macam ni? Boleh kongsikan. -CARI |