Penerbangan MH122 Malaysia Airlines dari Sydney ke Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan selepas salah satu daripada enjinnya mengalami masalah, semalam, lapor BERNAMA.
Dalam kenyataannya, Malaysia Airlines Bhd (MAB) berkata, pesawat A330-300 itu berlepas dari Sydney pada jam 1.06 tengah hari dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Alice Springs, Wilayah Utara Australia jam 5.48 petang.
“Keselamatan tidak pernah dikompromi dan kapten bertugas mengambil keputusan untuk melencongkan penerbangan itu bagi mendapatkan bantuan teknikal,” katanya.
Difahamkan, penumpang terbabit akan berlepas dari situ ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan MH148 esok (19 Januari) pada jam 5.45 petang dan dijangka tiba di Kuala Lumpur jam 9.50 malam pada hari sama.
Pengurus Komunikasi Korporat MAB, Adlina Azharuddin mengesahkan kejadian dan memaklumkan kesemua penumpang selamat dan tiada kecederaan dilaporkan. - CARI
Setelah banyak pengalaman ngeri terbang dengan MAS yang diberitakan media ...... ternyata masih ada juga orang yang X takot mati dan celaka beresiko terbang dengan MAS...
Post time 19-1-2018 11:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
thanawat replied at 19-1-2018 11:18 AM
Setelah banyak pengalaman ngeri terbang dengan MAS yang diberitakan media ...... ternyata masih ada ...
Bengap ke apa kau? Byk jah flight lain mengalami masalah teknikal cmni dan dilencongkan. Bila flight mas kena mmg jadi sensasi la sbb org akan relate balik dgan kes lepas. Dasar pprt sampah otak sempit xpernah naik flight kan?