CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1991|Reply: 9

German Cipta Seluar Dalam Kalis Rogol, Siap Ada Penggera Lagi!

[Copy link]
Post time 18-1-2018 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Ekoran kes rogol di seluruh dunia semakin meningkat, pelbagai alat dicipta bagi membantu mengurangkan risiko daripada menjadi mangsa rogol.


Foto: The Grand Narrative



Terbaru, seorang pencipta dari German mencipta seluar dalam kalis rogol dilengkapi kombinasi mangga kunci bernombor dan sistem penggera kecemasan yang akan berbunyi kuat sebaik sahaja disentuh.








Memetik Mail Online, media tempatan melaporkan, seluar dalam itu mendapat permintaan tinggi hingga beberapa web jualan dalam talian terkemuka kehabisan stok.

Ciri-ciri keselamatan tidak membolehkan selura itu ditanggalkan begitu sahaja. Malah, bahan yang digunakan sangat kukuh hingga hampir mustahil untuk mengoyakkannya walaupun dengan menggunakan alatan tajam.








Penggera akan berbunyi serta-merta sekiranya seluar cuba dikoyakkan.

Biasalah, barang mengutamakan siri keselamatan seperti ini sudah tentunya mahal. Sepasang dijual pada harga 100 euro iaitu bernilai hampir RM500.

Ciptaan sebegini sebenarnya sangat bagus dan berpotensi melindungi wanita daripada menjadi mangsa kerakusan lelaki bernafsu liar.




Foto: Mail Online




Bagaimanapun, timbul pula pertanyaan lain.

"Bagaimana kalau mangsa diugut dengan senjata dan dipaksa membuka kunci berkenaan?"


Apapun, tahniah kerana masih ada pihak yang prihatin dan berusaha mencipta sesuatu bagi membantu golongan wanita. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 04:23 PM | Show all posts
akak nak tambah inovasi je, buat apps, andai kena rogol alarm akan bunyi kat polis

teknologi apps direct to pdrm dah ada kt malaysia takkan german tak boleh tiru malaysia? setiap polis negara pasti sokong produk sebegini.

abg sajat mesti beli produk ini untuk keselamatan
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bdk india invent tu lg canggih. Siap ada gps utk notify polis tp tak taula polis dorg cpt ke tak sampainya
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bdk india invent tu lg canggih. Siap ada gps utk notify polis tp tak taula polis dorg cpt ke tak sampainya
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Wauuu harga nya
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 06:21 PM | Show all posts
Harganya macam tak mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2018 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow mahal tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus bagus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 07:20 PM | Show all posts
Canggih sekali
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 07:30 PM | Show all posts
German and their inventions...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.038071 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list