View: 3045|Reply: 7
|
Mahu Anak Cepat Matang Dan Berdikari? Biarkan Mereka Bertengkar!
[Copy link]
|
|
"Anak-anak, jangan bergaduh okey. Siapa bergaduh, berebut, ibu tak beli mainan!"
Ayat ini biasa digunakan ibu bapa bagi mengelak atau memujuk anak-anak supaya tidak bergaduh. Jarang pula kita dengar yang sebaliknya, kan?
Foto: One Awesome Momma
Ada kala, ibu bapa akan berasa tertekan apabila anak-anak bertengkar hingga mencetuskan 'perang dunia ke-3'. Mana taknya, tangisan dan teriakan silih berganti apabila 'drama Hindustan' mereka sudah masuk babak klimaks.
Namun, jangan risau. Ia normal, berlaku kepada setiap keluarga yang memiliki lebih daripada seorang anak.
Menurut PureWow seperti dipetik Dream.co.id, pakar psikologi Adam Grant berkata, pertengkaran antara adik-beradik sebenarnya mengajar mereka banyak perkara positif.
"Salah satunya adalah bagaimana sikap mereka ketika terbabit dalam konflik dan cara mereka menyelesaikannya," katanya.
Menurut Grant, banyak manfaatnya jika ada persaingan atau pertengkaran antara adik-beradik yang tidak disedari ibu bapa. Antaranya:
1. Jadi lebih kreatif dan berjaya
Jika dilihat, anak-anak yang sering 'berperang mulut' dengan adik-beradik lain, kebiasaannya ada sahaja jawapannya kalau bercakap dengan ibu bapa.
Foto: jofrost.com
Sebenarnya, dari situlah mereka belajar bersoal jawab dan membina soft skill. Pandai berhujah! Nanti dah masuk alam pekerjaan pun mudah, sebab mereka tak mudah kalah dan bijak mematahkan argumen lawan.
2. Lebih berdikari
Selagi pertengkaran mereka tidak melibatkan 'keganasan fizikal', cuba untuk tidak campur tangan. Lihat dan biarkan sahaja dulu supaya mereka dapat belajar membela diri sendiri tanpa didampingi orang tua.
Foto: Carian Internet
Ia juga akan mendidik anak-anak untuk mengawal situasi ketika berdepan konflik.
3. Lebih matang
'Berdebat' secara tak langsung mengajar anak anda untuk membuat pilihan dan keputusan. Ketika kecil lagilah ibu bapa perlu mengambil kesempatan untuk mendorong anak menjadi lebih matang.
Foto: Focus on the Family
Jadi, selepas ini apa kata anda jadi pemerhati sahaja apabila anak-anak sedang bertengkar. Tapi, kalau dah sampai menggunakan kekerasan, jangan pula dibiarkan sahaja. Lain pula jadinya nanti. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku, contoh terbaik kalau budak2 bergaduh ke, bertekak ke,
bukan biar diorang bergaduh, tak selesai masalah. nanti melarat
Song Ilkook dengan anak kembar 3 dia, Daehan, Minguk & Manse.
tak pukul pun, asingkan diorang. tegur baik-baik. suruh duduk diam pandang dinding, contemplate their wrongdoings |
|
|
|
|
|
|
|
hb kazen ai amalkan camni, Anak2 gaduh kita cuba nak masuk campur, dia larang, katanya biarkan derang selesaikan masalah sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
budak yg xbergaduh tu kene cek doktor
mungkin autisme |
|
|
|
|
|
|
|
Saya setuju dengan article ini, saya suka memerhatikan sambil mendengar hujah apabila anak saya yang sulung dan yang ke dua bergaduh, FYI anak sulung 7 tahun and anak kedua 4 tahun. Jika ada melibatkan aktiviti 18 sg, saya akan meleraikan mereka jika tiada, mereka sendiri yang akan settle down. |
|
|
|
|
|
|
|
cukup anti kalau ank begaduh ckp kau aku...
kekdg biarkan jugak...sbb diorg ber3 yg dah pandai bertekak
so antara ber3 tu mesti sorang x geng...slalu kesian, so panggil la yg x geng tu untuk tolong wat apa2 yg patut |
|
|
|
|
|
|
|
kalu dia takder adik beradik ..bertengkar laa ngan mak paknya |
|
|
|
|
|
|
|
bila bertengkar nanti dia baik semula dgn adik beradik. better acah-acah gaduh sekarang drp gaduh taim dah besar pastu sampai ke sudah x baik2... lagi leceh. lagi susah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|