View: 4035|Reply: 6
|
Kaki, Tangan Sejuk Tiba-tiba Walaupun Cuaca Panas? Jangan Abaikan Kerana...
[Copy link]
|
|
Pernahkah anda mengalami sindrom kaki dan tangan sejuk walaupun cuaca ketika itu tidak sejuk? Walaupun berada dibawah terik mentari, kaki dan tangan masih terasa sejuk.
Malah, ketika berjoging pun boleh terkena serangan begini secara tiba-tiba. Tahukah anda gejala ini dipanggil Sindrom Raynaud?
Foto: healthweekly
Secara umumnya, sindrom ini akan menyerang tangan dan kaki secara tiba-tiba. Ia berlaku apabila pembuluh darah terkecil di jari tangan dan kaki mulai mengecut.
Keadaan bertambah parah jika penghidap sindrom ini sedang beremosi atau marah kerana pembuluh darah menjadi lebih sempit hingga tangan dan kaki menjadi terlampau sejuk.
Tempat lain pun kena juga?
Selain kaki dan tangan, sindrom Raynaud juga boleh menyerang hidung dan telinga, tetapi ia sangat jarang berlaku.
Tanda-tanda serangan sindrom Raynaud
Hakikatnya, ia bukanlah setakat kaki dan tangan menjadi sejuk. Malah, mereka juga akan mengalami:
Foto: berkeleywellness
*Kebas tangan, kaki atau hilang daya sentuhan
*Perubahan warna tangan sama ada biru atau putih (pucat)
*Kulit menjadi tegang dan keras
*Luka
*Radang sendi seperti di pergelangan tangan yang memberi tekanan kepada saraf median (penyedia utama sensasi atau deria ke tangan dan jari), sekali gus mengurangkan kelancaran peredaran darah di tangan
*Mengalami migrain dan tekanan darah tinggi dalam paru-parunya (hipertensi pulmonari)
*Satu (atau beberapa) jari tangan atau jari kaki akan kelihatan keputihan dan memerah (biasanya berbintik)
*Jari tangan dan jari kaki terasa seolah-olah keras atau terasa seperti tertusuk jarum dan rasa terbakar
Apa patut dilakukan jika mengalaminya?
Seandainya anda mengalami serangan sindrom Raynaud, ikuti langkah berikut dengan segera.
Foto: independent.co.uk
*Berhenti merokok kerana nikotin menyebabkan pembuluh darah mengecut
*Sentiasa melakukan senaman dan makan secara teratur
*Lindungi tubuh daripada cuaca sejuk melampau
*Mengambil suplemen seperti vitamin C dan E, minyak Evening Primrose Oil dan bawang putih
Foto: yoursuplemen.org
*Rendam tangan dan kaki dalam air suam
*Lakukan aktiviti berjalan 15 hingga 30 minit, dua kali sehari adalah lebih baik
*Elakkan mengambil ubat-ubatan yang boleh menyempitkan saluran darah
*Rehatkan diri dan lari daripada situasi yang menyebabkan tekanan
*Pastikan suhu tubuh sentiasa hangat (memakai dan stokin pakaian tebal)
Foto: healthimage
Jika keadaan bertambah teruk, segera berjumpa doktor kerana dikhuatiri ia boleh menjadi satu petanda penyakit lain. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
syndrom ni biasa akak alami bila tengok buku akaun bank |
|
|
|
|
|
|
|
aku cramp terus sejuk ataih bawah bila buka surat dari bank bila la nak abih utang |
|
|
|
|
|
|
|
mmg selalu kena... tak tau rupanya mmg ada nama penyakit ni... mak ngan akak pun selalu kena... tp yg selalu aku kena, mmg terus menggigil... sampaikan bunyi angin kipas pun boleh rasa sejuk tu makin menjadi... mmg selimut tebal2 sampai la berpeluh2... bila dh berpeluh tu, kira ok la... tapi bila keluar peluh, peluh tu pulak jadi sejuk bila kena angin kipas... masalah betul... pernah bagi tau doktor pasal ni... doktor pun tak dapat nak jawab apa yang berlaku sebenarnya... |
|
|
|
|
|
|
|
kihkihkihhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
noell: aku cramp terus sejuk ataih bawah bila buka surat dari bank bila la nak abih utang Hahahahaaaaa {:run
|
|
|
|
|
|
|
| |
|