CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2532|Reply: 12

Pesakit Tunggu 5 Jam Gara-Gara Jururawat Layari Laman Percutian

[Copy link]
Post time 16-1-2018 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Bayangkan pesakit terpaksa menunggu selama lima jam gara-gara jururawat di Jabatan Kecemasan Hospital Alexandra yang bertugas ketika itu, sibuk melayari laman web percutian.


Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah hospital terkemuka di Harlow, Essex.


Aksi jururawat itu sempat dirakam pesakit yang berang kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.


Video terbabit dimuat naik ke laman Facebook dengan kapsyen 'dikenal pasti di Harlow'.


"Berada di jabatan kecemasan selama lima jam dan jururawat pula sibuk menempah tempat percutian," dakwanya dipetik portal The Sun.co.uk.


Add Image Caption Here





Bagaimanapun di ruangan komen terdapat netizen yang cuba membela jururawat terbabit dengan menyatakan waktu kerja panjang memaksa jururawat terbabit berbuat demikian.


"Dengan waktu bekerja yang lama mungkin itu sahaja masa yang mereka ada untuk berbuat demikian.


"Mereka telah bekerja keras dan mereka layak untuk berehat," komen netizen lain.


Hospital terbabit kini direkodkan sebagai pemberi perkhidmatan terburuk bagi pesakit di England. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 11:34 AM | Show all posts
Bila percutian lagi penting dari nyawa pesakit
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuti terusla lepas ni..
Sebab tu masa rehat jgn sibuk tadah muka kat opis/tempat kerja. Nanti adela makcik bawang muncung cakap kita mengular tanpa tau hujung pangkal
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 02:58 PM | Show all posts
Jabatan kecemasan tu dah semestinya pesakit yang datang pun dalam keadaan kecemasan dan memerlukan bantuan segera buat perangai cam pun memang mendapat ler
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 03:07 PM | Show all posts
acik2 gomen hospital ibupertiwi pun ramai sebegini....x percaya tanya agent pelancongan kopek silikon @dodolgemok
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 16-1-2018 03:07 PM
acik2 gomen hospital ibupertiwi pun ramai sebegini....x percaya tanya agent pelancongan kopek siliko ...

Amboi fitnah hasanah sgat kan sis? Silikon dah bertepuk sgat ke smpai nak buat fitnah dajal tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2018 05:10 PM | Show all posts
Modngengade replied at 16-1-2018 03:07 PM
acik2 gomen hospital ibupertiwi pun ramai sebegini....x percaya tanya agent pelancongan kopek siliko ...

ramai?  ramai tu maknanya 9/10 mcm tu kan? kita bagi nurse & doktor yg keja hospital gomen jawab..    ada ke kat forum ni?  klu doktor & nurse sempat berforum maknanya memang mrk kaki ngular lah mcm kebanyakan forumer kat sini..  waktu keja pun berforum sakan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 05:14 PM | Show all posts
tobby replied at 16-1-2018 09:10 AM
ramai?  ramai tu maknanya 9/10 mcm tu kan? kita bagi nurse & doktor yg keja hospital gomen jawab.. ...

sis @dodolgemok  yg mampu menjawap persoalan itu sister....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 04:46 PM | Show all posts
Try korek pulak mesia version.
Belambak2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia pon ramai sebegini....apa kurang nye
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 05:03 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 16-1-2018 02:58 PM
Jabatan kecemasan tu dah semestinya pesakit yang datang pun dalam keadaan kecemasan dan memerlukan b ...

X gak, lebih 30% kes di kecemasan adalah kes yg langsung x cemas (non urgent cases).....ikut study hanya 10-20% saja kes yg dtg ke kecemasan btol2 kes kecemasan, samada yg memerlukan prompt resus (kes resus) dan kes emergent....yg lain2 setakat kes urgent biasa jer yg tunggu sejam dua xjadi kudis kpd pesakit
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 05:05 PM | Show all posts
btw apa kaitang nurse dgn rawatan awal pesakit kalo btol dia kes kecemasan?? Yg nk merawat adalah doktor, nurse hanya nursing jer......kalo doktor tgh bizi resus kes yg kritikal ataupun doktor out of hand x panggil2 pesakit lain nurse nak bleh buat apa??
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku phm la klau kdg2 nk tgk website ke ape tp x beragak. Org tggu 5 jam kot. Klau mati cmne?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.045681 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list