View: 2920|Reply: 7
|
Pelik Tapi Benar! Nampak Biasa Di Negara Kita, Tapi Makanan Ini Diharamkan Di Ne
[Copy link]
|
|
Anda mungkin pernah dengar gula-gula getah diharamkan di negara jiran kita, Singapura. Tapi tahukah anda ada banyak lagi makanan dan juga minuman yang telah diharamkan di seluruh dunia?
Jom ketahui 5 makanan termasuk minuman beserta negara yang mengharamkan ia dalam senarai di bawah:
Negara: Perancis
Haram: Red Bull
Perancis beserta Norway dan Denmark telah mengharamkan minuman untuk tenaga ini selama 12 tahun di atas alasan kesihatan kerana ia mengandungi taurine, sejenis asid amino yang menjadi bahan biasa minuman tenaga. Kini anda boleh menjumpai Red Bull di kedai-kedai di Perancis namun ia disertakan dengan label amaran seperti yang anda boleh jumpa pada kotak rokok.
Foto: Fodors.com
Negara: Amerika Syarikat
Haram: Daging Kuda
Bagi penduduk China, Rusia, Mexico dan Itali, mereka makan daging kuda seperti makan burger. Namun di Amerika Syarikat, bermula pada tahun 2006, mereka telah mengharamkan penjualan dan penyembelihan kuda untuk santapan manusia.
Foto: Fodors.com
Negara: Somalia
Haram: Samosa
Pelik tapi benar. Samosa diharamkan di Somalia oleh pemimpin militan al-Shabaab kerana bentuk samosa yang mirip Triniti Kristian.
Foto: Fodors.com
Negara: New Zealand, Australia dan Rusia
Haram: Ikan salmon yang diternak
Ketiga-tiga negara tersebut telah mengharamkan ternakan salmon yang biasanya diternak di ruang yang sempit dan diberi makanan bijirin yang boleh memberi kesan kepada rasa, warna dan kandungan omega-3. Untuk pengetahuan anda, salmon yang diternak mempunyai 50 peratus kurang kandungan omega-3 berbanding salmon liar.
Foto: Fodors.com
Negara: Kesatuan Eropah
Haram: Keju Casu Marzu
Keju ini merupakan makanan istimewa Sardinia. Geli, namun hakikatnya proses keju ini bermula daripada larva lalat yang masuk ke dalam keju. Lama kelamaan keju akan menjadi lembut akibat proses penapaian. Ia biasanya dimakan dengan biskut. Bergantung pada anda, ulat yang berada dalam keju ini boleh dibuang atau dimakan terus. Negara Kesatuan Eropah mengharamkan keju jenis ini kerana ulat mati di dalam keju tersebut telah terbukti memberi kesan kepada kesihatan.
Foto: Fodors.com
Negara: Argentina, India, sesetengah tempat di Amerika Syarikat dan Eropah
Haram: Hati Angsa
Diperbuat daripada hati angsa atau itik ini telah diharamkan di beberapa negara kerana cara ternakan itik atau angsa yang sangat kejam. Ia dipaksa makan sehingga gemuk dan bersaiz 10 kali ganda daripada saiz itik atau angsa yang biasa. Akibatnya haiwan-haiwan ini mempunyai masalah pernafasan dan aliran darah yang terhad.
Foto: Fodors.com
Di Malaysia ni, apa yang haram, cuba teka?-CARI |
|
|
|
|
|
|
|
keju tu patut lah diharamkan...jijiks |
|
|
|
|
|
|
|
I sokong haramkan hati angsa (foie gras) tu. kejam sesangat cara preparation dia. |
|
|
|
|
|
|
|
kuda, angsa memang harampun |
|
|
|
|
|
|
|
hati angsa - foie gras tu mg patut haram kan...keji and kejam sangat |
|
|
|
|
|
|
|
jahat nye la disuruh angsa tu makan smpai gemuk
btw yg caviar tu pn cara amik telur dr perut ikan tu pn kejam jugak..xde sape haramkan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
eiii keju tu tu |
|
|
|
|
|
|
|
Yang lain tu I boleh faham but samosa? Really? |
|
|
|
|
|
|
| |
|