CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3722|Reply: 24

[Tempatan] Remaja India Cipta Seluar Dalam Merah Jambu Kalis Rogol

[Copy link]
Post time 12-1-2018 02:59 PM | Show all posts |Read mode




REMAJA perempuan warga India telah mereka cipta  seluar dalam yang didakwa kalis rogol yang dilengkapi dengan kunci, amaran GPS untuk makluman polis dan video kamera untuk merakamkan muka penyerang.

Laporan The Daily Mail menyebut, Seenu Kumari yang dilahirkan dalam keluarga miskin di Farrukhabad, Uttar Pradesh membelanjakan kurang RM270 untuk membangunkan seluar dalam yang turut meletakkan butang kecemasan dan kunci.

Berwarna merah jambu, ia diharap mendapat pasaran meluas kerana turut memiliki kelebihan kalis peluru dan tidak boleh dipotong dengan pisau.

"Saya letakkan kunci pintar yang hanya boleh dibuka jika tahu kata laluannya, selain peranti elektronik yang dilengkapi GPS dan kemudahan untuk dihubungi.



"Jadi, apabila ada yang cuba mencabuli seseorang wanita, peranti itu akan menghantar mesej kepada ahli keluarganya dan juga polis.
"Susulan itu, pihak polis akan tiba di lokasi menggunakan GPS yang dipasang dan mematahkan cubaan merogol itu," katanya.

Bagaimanapun, katanya, seluar dalam itu tidak semestinya dipakai sepanjang masa, kecuali ketika melalu perjalanan sendirian dan ketika berada di lokasi yang dianggap tidak selamat.

Tambahnya, jika diserang, wanita yang memakai seluar dalam ini juga boleh menekan butang pada peranti yang akan  menghubungi nombor kecemasan yang telah ditetapkan.

Menurut media Britain itu, prototaip seluar dalam itu juga telah dihantar ke Yayasan Innovasi Nasional di Allahabad untuk dipatenkan sebelum ia dipasarkan.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... xDQ9YcRzfBDmUpyy.99

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2018 03:11 PM | Show all posts
Muda2 lagi dah pandai buat inovasi. elok jugak dipasarkan kat india memandangkan kes rogol banyak sangat
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 03:29 PM | Show all posts
Berwarna merah jambu, ia diharap mendapat pasaran meluas kerana turut memiliki kelebihan kalis peluru dan tidak boleh dipotong dengan pisau.



material apa ko pakai ni dekk
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 03:29 PM | Show all posts
kenapa ye rogol tiada kesudahan di india? pelik tp benar?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 03:34 PM | Show all posts
Bagus adik ni. I doakan semoga usaha u berhasil dan kadar jenayah rogol kat sana dapat dikurangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 03:40 PM | Show all posts
" pihak polis akan tiba di lokasi menggunakan GPS yang dipasang dan mematahkan cubaan merogol itu...." silap2 esok baru polis korg sampai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2018 04:25 PM | Show all posts
cayalah dik...bergeliga otak kau...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku kesian kat pompuan di india nie..memanjang ada je jd mangsa rogol...
Ada gak idea budak nie tuk elak kena rogol...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2018 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Innovative. Bagus idea nya. Or at least kalau ada penggera yg bising tu boleh alert orang awam juga. Ada gambar lain tak nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 05:19 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-1-2018 03:29 PM
kenapa ye rogol tiada kesudahan di india? pelik tp benar?

aku pun pelik... sampaikan ada sekali tular, perempuan tu kena rogol kat tepi jalanraya yang ramai orang lalu lalang n takde sape pun tolong...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 05:20 PM | Show all posts
baguslah, india ni negara haprak betui
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss: aku pun pelik... sampaikan ada sekali tular, perempuan tu kena rogol kat tepi jalanraya yang ramai orang lalu lalang n takde sape pun tolong...


depa igt shhhooting film tamil tu... kan film depa bnyk adengan rogol2.... mcm sewajibnya ada adengan naik kretapi tu...{:shy
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 05:51 PM | Show all posts
doubleA replied at 12-1-2018 05:16 PM
Innovative. Bagus idea nya. Or at least kalau ada penggera yg bising tu boleh alert orang awam juga. ...



tu kalau orang awam nak tolong. kalau macam kes ni semua lalu buat tak tahu je nak.. tak guna juga penggera


http://www.timesnownews.com/india/video/shocker-from-vizag-woman-raped-in-broad-daylight-on-footpath-onlookers-record-video-vishakhapatnam/111130









Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 06:04 PM | Show all posts
Ideanya menarik tapi design nampak bulky.  Kalau dijual pun pasti bukan semua golongan akan mampu memilikinya terutama yang miskin dan tak berduit pasti mereka akan terus jadi mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
nnt dah bsuh tue mcm mana plak..?? xrosak ke..?? ke pakai berlapis..??
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 07:06 PM | Show all posts
Kalau acu pisau di leher pasti ramai yang sanggup kena bunuh drpd kasi password seluar dalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2018 07:15 PM | Show all posts
eyansss replied at 12-1-2018 05:19 PM
aku pun pelik... sampaikan ada sekali tular, perempuan tu kena rogol kat tepi jalanraya yang ramai ...

mungkin kepuasan sexual di situ ialah rogol anggap wanita sebagai objek sex, mungkin saiz penis mereka besar batteri jam tangan jadi dengan merogol dapat cover kejantanan mereka berkat telan rempah kari setiap hari dpt merangsang nafsu haiwan.

p/s sis vokuru makan kari tiap2 hari, jaga2
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa saya baca lengkap dengan KUACI??? {:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow terus dipatenkan.. serious bussiness ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 08:26 PM | Show all posts
tkkn tak tau  lagi sebab org laki sana pndang rendah kt pmpn?
tgkla cite tamil, hindustan bagai tu

pmpn kene sediakn dowry kt pengantin laki,
psl adat punya psl,
maruah pmpn jatuh,

dorg anggap pmpn tu satu barangan jualan,belian,

selagi adat tu tk terhapus,
takkn menurunla statistik rogol tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.058944 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list