CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3373|Reply: 10

Kulit Bertatu Disiat, Diawet Dan Dan Diletakkan Dalam Muzium! Dah Macam Pameran

[Copy link]
Post time 10-1-2018 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Jepun sememangnya sebuah negara yang maju dan rakyatnya wajar kita contohi. Suatu ketika dahulu negara kita juga ada mengubal dasar dipanggil  Dasar Pandang Ke Timur dimana kita menjadikan negara Jepun sebagai mentor dalam membangunkan Malaysia. Ini kerana rakyat Jepun sememangnya gigih bekerja dan sebagai orang asia, kita pun disarankan untuk mencontohi mereka. Namun dalam artikel ini kita akan merungkai sisi gelap negara jepun berkenaan penggunaan tatu dan budayanya.


Budaya bertatu pada asalnya adalah untuk para pekerja seks disana. Ia dikenali sebagai Irezumi. Irezumi adalah teknik memasukkan dakwat atau kandungan lain kedalam lapisan kulit. Ia bersifat kekal dan dimasukkan dengan menggunakan beberapa alatan tajam. Teknik ini sudah dapat dilihat semenjak dari era Zaman Neolitik Jepun lagi. Pada era pemerintahan kerajaan Edo, tatu juga digunakan untuk membezakan para penjenayah yang ada.



Foto tpjcg.org



Para pekerja seks disana menggunakan tatu untuk menunjukkan rasa romantik kepada pelanggan mereka. Contohnya nama pelanggan dan perkataan inochi () yang mana keseluruhan perkataan ini bermaksud “Aku mengabdikan kehidupan kepada (nama pelanggan)”- Ulasan dari Tsunagu Japan


Pada era pemerintahan Meiji, bertatu sudah diharamkan sehingga mereka kalah pada Perang Dunia Kedua ketika mereka dikuasi Amerika. Pada ketika itu seni bertatu ini dibenarkan semula. Pada 1950-an, pemakaian tatu dikaitkan pula dengan organisasi jenayah terancang iaitu kumpulan Yakuza.


Perkataan Yakuza adalah nombor dalam permainan judi iaitu hanafuda. Ya/ Hya (lapan), ku/kyu (Sembilan) dan za/ san (tiga). Tiga nombor ini kalau dicampurkan akan menjadi dua puluh yang merupakan nombor malang dalam permainan itu. Cara betul menyebutnya selain 'ya-ku-za' adalah 'hya-kyu-san'.



Foto: steemit.com



Kesan pemakaian tatu turut terpalit dengan keganasan yakuza itu tersendiri. Ini menyebabkan para pemakainya akan mendapat imej yang buruk walaupun mereka bukan dalam kumpulan tersebut. Kesan diskriminasi ini menyebabkan banyak syarikat di sana tidak mengambil para pekerjanya yang bertatu dalam organisasi. Mereka juga pernah mengenakan peraturan bahawa hanya doktor sahaja yang boleh membuat tatu pada padan orang atas faktor kebersihan dan keselamatan. Pelik kan?



Dr. Fukushi dan hasil 'tuaiannya, Foto: tattoodo.com



Oleh kerana banyak diskriminasi dan perkara yang negatif dibawa oleh budaya pemakaian tatu ini, ianya semakin dilupakan. Oleh kerana untuk mahu memelihara budaya ini, seorang doktor dari Jepun bernama Dr. Fukushi telah mengumpulkan kulit-kulit badan bertatu di muzium untuk dipamerkan. Doktor Patologi dari Universiti Tokyo ini telah mendapat pelbagai penderma yang sanggup memberi kulit mereka selepas mati. Sehingga sekarang, ada lebih kurang 120 koleksi kulit bertatu di Muzium Perubatan Patologi di Universiti Tokyo.



Foto: tattoodo.com



Ada dua cara pengawetan kulit itu dilakukan.



  • Pengeringan: Mayat dikeringkan dan disiat kulitnya. Segala urat dan sarafnya akan dikikis sebelum ditarik untuk ditampal, kemudian akan dikeringkan semula. Dalam proses ini beberapa bahan kimia digunakan bertujuan untuk memelihara kulit itu.
  • Pembasahan: Selepas kulit itu disiat, ia tidak terus dikeringkan tetapi akan direndam sama ada dalam glycerine atau alcohol formalin. Ini adalah antara bahan kimia digunakan untuk pengawetan untuk dipelihara.


Sut kulit bertatu, Foto: tattoodo.com



Kedengaran geli dan meloyakan bukan? Namun jangan terkejut ada sesetengah pihak melelong kulit mereka kepada pihak muzium mahupun pengumpul bahan-bahan seni. Ini kerana kulit bertatu dianggap hasil seni diatas ‘kanvas’ mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Sesi jual beli kulit sudah lama berlaku di negara luar sebenarnya.



Mrozowski dan tatu harimaunya, Foto: Youtube Channel nollygrio



Mrozowski dari Poland telah melelong kulitnya sebanyak 75, 000 pound di Ebay bertujuan untuk memberikan anaknya kehidupan lebih selesa selepas mati. “Orang cakap yang saya ini gila, tetapi kita semua akan mati dan sebahagian mendermakan organ mereka dan aga juga tak berbuat apa-apa dengan badannya. Saya tak rugi apa-apa,” kata Mrozowski kepada Express.



Jeremy Lo and Jesse, Artis Tatu Iban, Foto: borneoartcollective.org



Di Malaysia pemakaian tatu hanya dibenarkan kepada golongan bukan Islam sahaja dan berdasarkan keperluan agama, budaya dan kepercayaan. Dalam organisasi seperti PDRM, orang berkeinginan tatu haruslah mendapat kebenaran pentadbiran sebelum bertatu terutama bagi masyarakat Iban. Mereka bertatu sebagai simbolik keberanian, kepahlawanan dan sebahagian upacara ritual.


Sesiapa yang beragama Islam tetapi masih bertatu mengikut pandangan Islam adalah haram, seperti yang diwartakan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang dan Negeri Sembilan. Hujahnya ada dalam hadis sahih Bukhari bahawa Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan minta dibuat tatu.



Buku kisah Abang Long Fadhil terbitan PTS, Foto: pts.com.my



Kita tengok macam kes Abang Long Fadhil yang sudah insaf dari Singapura ini mempunyai tatu di mukanya. Ini normal kerana kita akan nampak mereka bertatu didalam masjid untuk bertaubat, tetapi yang tidak bertatu kini masih ramai tidak ke masjid. Apa nak jadi dengan dunia? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2018 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Id always remember a beautiful mat Salleh woman pakai evening dress Dan belakang dia is a huge spiderweb tattoo underneath. So sexy
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 06:05 PM | Show all posts
Macam hasil lukisan canvas.  Memang ada perbezaan seni tattoo asia dan barat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Scarryy nye siat kulit {:freak
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh maii. Klu kulit tu berhantu camne pulak
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sut kulit tu nmpk scary giler. Dh le tnpa kepala. Euwwww
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2018 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
some of those skins dah macam tikus yg kena bedah waktu kat matrik dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 08:02 AM | Show all posts
Islam melarang tatu....the end.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2018 08:51 AM | Show all posts
adehhh....geli lak nengok
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 09:07 PM | Show all posts
ewww whyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tatu yang ada unsur oriental/timur selalunya lebih cantik di mata aku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.114681 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list