CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2561|Reply: 12

[Jenayah] SPRM Serbu Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

  [Copy link]
Post time 9-1-2018 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Mohd. Firdaus Ismail
09 Januari 2018 6:23 PM

PULAU PINANG 9 Jan. - Sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini menyerbu beberapa lokasi di negeri ini dipercayai bagi membantu siasatan berhubung projek terowong bawah laut yang dirancang Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika mengesahkan serbuan itu berkata, antara lokasi yang diserbu adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta Pejabat Tanah dan Galian di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Turut diserbu dalam operasi bermula awal pagi ini, katanya, Pejabat Jabatan Kerja Raya di Sungai Pinang; pejabat syarikat pemaju Ewein-Zenith di Menara Boustead; pejabat 555 Capital Diamond Valley dan pejabat Konsortium Zenith.

“Serbuan itu dilakukan bagi membantu siasatan berhubung laporan projek terowong dasar laut,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut termasuk sama ada dokumen atau keterangan individu tertentu diambil ketika serbuan itu dilakukan. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2018 10:03 PM | Show all posts
nak jadikan point untuk counter attack PRU lettew
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Federal cari alasan supaya nak halang warga penang menikmati perkhidmatan LRT
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Wayang je tuh...Konsortium Zenith tu dah tentu la geng UMNGOK..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 11:06 PM | Show all posts
Ni susulan kes yg Parti Cinta Malaysia tu kan?

Projek terowong dasar laut: PCM serah bukti kepada SPRM

5 Jan 2018, 3:04 pm     5 Jan 2018, 5:20 pm

Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini membuat laporan dan menyerahkan bukti baharu berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM15 bilion kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

Naib Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan berkata beliau meminta SPRM menyiasat sama ada wujud unsur salah laku atau rasuah dalam pembidaan projek dasar laut itu.

"Kita mendapat beberapa bukti baharu daripada sumber tertentu dan hari ini kami serahkan kepada SPRM, biar mereka siasat secara telus,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Ia merupakan laporan kedua beliau kepada SPRM berkaitan kes berkenaan. Huan membuat laporan pertama di SPRM di sini untuk kes yang sama pada 21 Julai lepas.

Pada 17 Julai lepas, Huan membuat laporan polis di Pulau Pinang dan meminta supaya menyiasat dakwaan berhubung kerajaan Pulau Pinang telah menganugerahkan projek kepada sebuah syarikat yang mempunyai modal di bawah paras ditetapkan ketika membida projek terowong dasar laut itu.

Huan berkata beliau menyerahkan beberapa dokumen dan bukti yang menunjukkan kerajaan negeri pembangkang itu membenarkan syarikat tujuan khas (SPV) Terowong Pulau Pinang untuk prajual hak tanah kerajaan berjumlah RM3 bilion walaupun projek jalan raya lewat empat tahun dalam memulakan pembinaan.

Huan mendakwa kerajaan Pulau Pinang melanggar garis panduan perolehan apabila memberi projek mega terowong itu kepada syarikat yang menimbulkan kebimbangan juruaudit dan modal berbayarnya adalah 1,900 kali di bawah keperluan minimum Jabatan Kerja Raya.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 11:11 PM | Show all posts
By the way...Chairman Zenith ni org UMNO gak.. Aku syak nak check cemana Zenith dpt project ni dgn paid up capital yg ciput...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2018 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 9-1-2018 11:11 PM
By the way...Chairman Zenith ni org UMNO gak.. Aku syak nak check cemana Zenith dpt project ni dgn p ...

Kroni Najeri Ajis
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ne la kan yg apek tu kata, projek terowong termahal dunia sampai berbillion billion..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2018 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes, more vote swing...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 04:18 PM | Show all posts
Kalau kes Shafie Afdal kat Sabah, yg bab loji air tuuuu, machine2 tuuu siap gak, cuma tak der fungsi etc, nampak laaa gak walau separuh siap, yang terowong Kit Siang junior ni langsung tak derrrr bayang....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 10:14 AM | Show all posts
hukumnya haram menyerbu projek di PP walaupun sprm......kalau kerajaan BN hukumnya harus.....fatwah DAP, PKR & PH...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 11-1-2018 10:14 AM
hukumnya haram menyerbu projek di PP walaupun sprm......kalau kerajaan BN hukumnya harus.....fatwah  ...

kalu kes penyelewengan dinegeri2 bn dihebuhkan sebagai korapsi .tapi kalu terjadi pd negeri pembangkang di laungkan sebagai konspirasi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 07:12 AM | Show all posts
akusukaq replied at 11-1-2018 12:50 PM
kalu kes penyelewengan dinegeri2 bn dihebuhkan sebagai korapsi .tapi kalu terjadi pd negeri pemban ...

jangan bising ini hukumnya menghasud & fitnah...apa apa yg memburukkan DAP...ingat tu...fitnah & bersalah under ISA...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.062922 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list