Kebiasaannya bila beli roti anda pasti akan memikirkan untuk makannya dengan menyapu jem, peanut butter atau nak lebih sedap bakar dahulu dengan mentega bukan?
Ada juga yang suka buat roti sardin yang digulung kemudian digoreng tapi sedikit remeh kerana perlu masak dulu sardin, dan kena cari bread crumbs pula lagi.
Baru-baru ini di dalam Group Facebook Masak Apa Hari Nie (MAHN) heboh diperkatakan berkenaan roti goreng salut tepung yang mudah lagi menyelerakan sehingga beberapa orang mula memuat naik hasil masakan mereka itu yang kelihatan seperti tukang masak profesional.
Tak perlu garam, tak perlu telur tapi memang sedap dan menambat selera.
Foto - Farah Atikah MAHN
ROTI GORENG DUA BAHAN
BAHAN-BAHAN:
1) Roti Putih (Tak kisah jenama apa pun)
2) Tepung goreng ayam ( Atikah guna Tepung Bestari, kalau suka pedas ambil spicy kalau ada anak kecil ambil original.)
Dua bahan sahaja iaiu roti putih dan tepung goreng ayam
Foto - Farah Atikah MAHN
CARA MASAK:
1) Potong roti putih kecil-kecil macam gambar di bawah
Foto - Farah Atikah MAHN
2) Bancuh tepung goreng dengan sedikit air. Dah bancuh ambil roti yang dipotong kecil tadi dan celupkan ke dalam bancuhan tepung tadi
Foto - Farah Atikah MAHN
3) Kemudian ambil tepung yang tak dibancuh letak dalam pinggan lalu golekkan roti yang sudah dicelup dalam bancuhan tepung tadi
Foto - Farah Atikah MAHN
4) Panaskan minyak dan kemudian goreng roti tadi sehingga warna keemasan
Foto - Farah Atikah MAHN
Mudah bukan? Apa lagi balik kerja nanti bolehlah cuba masak untuk suami dan anak-anak. Selamat mencuba! -CARI
Kredit Resipi: Farah Atikah |