CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1978|Reply: 8

Keju Dibuat Dari Peluh Ketiak? Euww, Kotornya!

[Copy link]
Post time 9-1-2018 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Anda suka keju? Siapa tak suka keju, memang rugi! Cuba bayangkan tarikan keju dalam piza ataupun kek dengan keju leleh. Pasti terliur! Tapi, boleh bayangkan tak kalau rasa masin keju itu datangnya dari peluh ketiak manusia?




Foto: YouTube




Euww, ada pula keju dibuat dari peluh ketiak? Mungkin selepas ini semua peminat keju akan berfikir dua kali sebelum nak makan keju. Pasti terbayang-bayang peluh ketiak orang sebelah! Kembang pula tekak penulis bila membayangkannya.


Menurut Mirror, Pengarah Kreatif Ginkgo Bioworks Christina Agapakis dari Amerika mencampurkan bahan utama keju dengan peluh dari ketiak.








Alahai! Punyalah banyak benda, peluh ketiak juga dia guna? Katanya, ini adalah projek untuk menghasilkan produk dari bakteria tubuh manusia.


Menurutnya, tak rumit pun nak buat keju peluh ini. Hanya memerlukan bahan utama keju dan susu, kemudian dicampur sedikit dengan peluh. Lalu, panaskan susu hingga mendidih dan dibiarkan beberapa hari.




Foto: Carian Internet






Christina  berkata, bakteria dalam peluh ketiak berfunsi memejalkan susu hingga menjadi keju. Keju yang dihasilkan juga seakan-akan mempunyai bau ketiak. Tak loyakah bila terhidu bau ketiak ketika nak makan keju?





Foto: www.greatlakescheese.com





Christina bagaimanapun sudah memberi peringatan bahawa keju ini sebenarnya tak boleh dimakan kerana mengandungi bakteria. Jadi, apa motif dia mencipta keju peluh ini? Barangkali, sekadar membuat eksperimen kerana kebosanan melampau.


Jaga-jaga! Jangan lupa hidu terlebih dahulu bau keju itu sebelum membelinya, takut berbau ketiak. Uwerkk! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2018 10:22 AM | Show all posts
takde kije
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 12:48 PM | Show all posts
Euwww betul2 tak da kerja jangan ada yang termakan sudah
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Werkk..Muntah..gelinyaaa..pelik2 mat saleh nih..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 03:30 PM | Show all posts
Teringat pulak dulu waktu aku makan sushi yang ada telur atasnya. Masa nak makan tu aku terhidu bau sushi tu macam bau ketiak kepam yang kita selalu bau kat badan orang India, Bangla.
Disebabkan aku tak nak membazirkan makanan, aku cuba jugak la makan sushi tu.
Tapi lepas tu aku keluarkan balik sebab memang tak boleh tahan dengan baunya. Sambil kunyah boleh terbayang-bayang ketiak orang.

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ewww. Bacteria kut. Nak bagi sakit perut ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2018 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi keju ulat tu dikira delicacy,apetah lagi keju peluh ni..msti masuk fine dining pasni..kekeke~
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 05:20 PM | Show all posts
padan la muka korang ...sapa2 yg suka makan pizza bagai tu....makan la korang peluh ketiak orang...dikatakan peluh ketiak bangla dan india adalah yg terbaik utk keju...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2018 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
{:childlike bluekkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.061175 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list