Seorang jurutera keluli dari Jharkhand menangis merayu meminta dilepaskan kerana dipaksa berkahwin dengan wanita tidak dikenalinya.
Memetik Mirror, kejadian berlaku di Bihar, India di mana Vinod Kumar mendakwa dia diculik dan diacukan senjata api ketika dipaksa berkahwin.
Video berdurasi 1 minit 31 saat itu memaparkan Vinod yang sedang menangis sambil kedengaran suara keluarga mentuanya mengarahkan dia berhenti menangis.
"Kenapa menangis, bukannya kami nak menggantung awak. Kami hanya mengahwinkan kamu sahaja, janganlah risau," katanya.
Dipercayai, Vinod menjadi mangsa amalan 'pakdua shadi' di mana keluarga wanita yang tidak mampu menyediakan mahar, menculik lelaki yang dianggap sesuai dikahwinkan dengan anak perempuan mereka.
Menurut media tempatan, ketika menghadiri majlis perkahwinan di kawasan berhampiran, Vinod bertemu seorang lelaki yang disangkanya kawan, Surendra Yadav yang kini menjadi abang iparnya.
Namun, Surendra kemudiannya bersama beberapa lelaki lain menculiknya, mengacukan pistol dan memaksanya untuk berkahwin dengan wanita itu.
Foto: Mirror
"Selepas majlis perkahwinan, keluarga wanita itu mengurung saya di dalam sebuah bilik sepanjang malam.
"Keesokannya, saya menghubungi abang saya yang kemudian menghubungi polis," katanya.
Superintenden Lalan Mohan Prasad berkata pihaknya sedang menyiasat kes itu dan tindakan akan diambil sekiranya keluarga terbabit didapati bersalah. - CARI
Post time 8-1-2018 03:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kawen je lepas tu jadikan pompuan tu hamba, pindah tinggal jauh dari famili pompuan tu, kalau rasa dah selamat lepas beberapa tahun, ceraikan sundel tersebut dgan talak 3. Pastikan anda tak sentuh pookih pompuan tersebut, jijik hokeh main paksa2 cmni!
Adakah kesnya lebih kurang mcm ni... Bercinta 10thn, si pompuan pernah bermlm sama dgn si jantan, alih2 si jantan cakap takmo kawen dgn nya. Hangen la si pompuan kan... Masa mudanya dihabiskan menyemai cinta katanya, sori la ko nak biarkan jantan tu tinggalkan ko terkontang kanting begitu sajork.