View: 9342|Reply: 80
|
[Tempatan]
Baucer Petronas: Pelanggan tak puas hati baucer asyik tak cukup, promosi mengeli
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Tindakan Petronas Dagangan Bhd. (PDB) tidak menyediakan baucer mencukupi semasa promosi The Only Game Where Everybody Wins yang sedang berlangsung sehingga akhir Februari ini telah menimbulkan kemarahan banyak pihak.
Mengikut syarat penyertaan yang tertera pada baucer berkenaan, setiap pelanggan layak mendapat baucer yang menawarkan pelbagai ganjaran itu apabila mengepam petrol sekurang-kurangnya RM20 atau membeli barangan promosi kedai Mesra atau membeli Petronas Syntium 4 liter.
Malangnya, tidak semua pelanggan memperoleh baucer berkenaan meskipun menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Ini kerana baucer yang dicetak dan dihantar ke peruncit tidak mencukupi sehingga mereka terpaksa berhadapan dengan kemarahan pelanggan sedangkan cetakan baucer berkenaan di bawah tanggung jawab penuh PDB.
Menurut seorang pelanggan, Zurawati Daud, baucer berkenaan boleh dituntut dalam tempoh seminggu apabila stesen Petronas tersebut sudah kehabisan stok.
“Ia agak menyusahkan kerana kadang-kala kita terlupa untuk meminta baucer berkenaan.
“Hadiah-hadiah misteri yang ditawarkan agak menarik seperti diskaun pembelian di Lazada, McDonalds, Starbucks dan pelbagai lagi.
“Manakala hadiah utama pula adalah wang tunai RM5,000. Sepatutnya pihak Petronas mencetak baucer yang mencukupi kerana ini bukan kali pertama mereka melakukan promosi sebegini.
“Perkara yang sama turut berlaku semasa mereka membuat promosi pemberian payung percuma sehingga menyebabkan para pelanggan berebut dan kecewa,” katanya yang merupakan pelanggan setia kepada MalaysiaGazette di sini.
Menurut sumber, PDB telah meminta supaya peruncit atau pemilik kedai Mesra untuk mencetak sendiri baucer diskaun bernilai RM1.
“Mereka tidak mencetak baucer yang mencukupi sehingga menyebabkan kemarahan pelanggan sedangkan perkara ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya dirancang dengan betul.
“Lagi pula, sebelum ini perkara yang sama telah berlaku semasa mereka melakukan promosi pemberian payung percuma dahulu.
“Sepatutnya mereka mengambil kira unjuran jualan sepanjang tempoh promosi berdasarkan rekod jualan terdahulu sebelum mencetak baucer berkenaan.
“Tetapi nampak gayanya kesilapan sebelum ini masih belum dibetulkan,” katanya kepada MalaysiaGazette
MalaysiaGazette difahamkan, ketidakpuasan hati pelanggan turut dibawa ke pengetahuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan dan kementerian tersebut sedang melakukan siasatan.
Jelasnya, antara skop siasatan adalah berkaitan promosi yang mengelirukan. |
|
|
|
|
|
|
|
untuk promosi je, rugi la Petronas kalau keluarkan baucar yang menepati pelanggan |
|
|
|
|
|
|
|
tukau je isi minyak company lain...nk promo tp x capable...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
ada tu..cuma baucer untuk keluarga petronas/ stesen minyak dulu...ada lebih baru bagi org lain/awam...pintar kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
saya pun agak perkara yang sama...sedara mara staf petronas kot yang dapat...ya la kan siapa yang tau voucer tu dapat ke sapa...
so far saya tak pernah dapat walau pun isi minyak di beberapa petronas across different states...which just shows the weaknesses of petronas in running the campaign...kalau nak hadkan pelanggan yang dapat voucer, just increase the min eligibility...contohnya spend RM100 baru dapat voucer...ni RM20 or RM30 memang la berlambak yang eligible to get the voucer...
last time masa campaign payung pun punyalah payah nak tebus...saya dapat tebus dua payung at the beginning of the campaign...tu pun in my second or third attempt...first attempt payungnya tak sampai lagi ke stesyen petronas...wth...
after that walau pun banyak lagi point yang boleh ditebus...sampai ke sudah tak ada stok payung...petronas you really are hampehhh...
well I'll wait for those umbrellas in akhirat hihihi...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku dah pangkah petronas nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
dah few time isi minyak tak dpt voucher. .dah habis katanye.. hampes.. |
|
|
|
|
|
|
|
sama cm kes satu fast food restaurant, bila family day public holiday family kak dpt free satu voucher yang signature limit RM 200 permonth tahun lepas dpt 5 keping voucher. bukan voucher macam pizza tu ni voucher staf management.
|
|
|
|
|
|
|
|
paling gampunk bila ko gores dan dpt baucer lazada...cam lahnatttt
|
|
|
|
|
|
|
|
seminggu aja utk claim voucher?? hari2 pegi stesen petronas berlainan pon takde.. takkan nak berumah tangga kat situ kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada lah dpt 3 voucher daripada 10 pengisian
satu sundae ice cream McD - da claim pon free....
lazada 10%
lgi satu xingat, tp tak memberangsang kan pon offer tuh
lepas tu.... trus xdapek, hampesss tul
|
|
|
|
|
|
|
|
iols aman, petronas xde kat area iols, mostly isi caltex dan shell .. petronas cuma balik kampung minyak ampir habis baru isi
dah lama x minat dgn segala ganjaran semua stesen minyak ... kad bonuslink pon dah lama iols buang ... bazir je, iols pasan kalu masuk point dia, minyak yg shell bagi menjadi sikit, penipu
cuma ada satu tiker point dia boleh tukar baucer tesco ok sikit ... tapi after that tesco dah menolak bonuslink, deols keluar kad tesco sendiri, sejak tu iols dah tak minat
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada banyak je kat atas kaunter depa tapi bila isi banyak haram dibaginya. Simpan untuk sedara mara la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
bonuslink tu setiap kali nak redeem point untuk isi minyak, mesti dia cakap tak mencukupi... padahal tak penah redeem pun...
|
|
|
|
|
|
|
|
pasal payung tu memang ada issue tapi bukan dengan management... petrol pump owner yang tak distribute betul2... macam porumer lain cakap la, pi bagi sedara-mara dulu... tapi kes voucher ni aku tak riki2 lagi kenapa jadi camni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols isi kt bhp jah.dpt tisu free.tu pun happy sgt dah |
|
|
|
|
|
|
|
halah..gores2 asik dapat minyak itam je
mana pegi voucher2 kenny stabak sume tuh
tukar isi kat petron |
|
|
|
|
|
|
|
kena mintak
kalo tak dia buat dunno je
|
|
|
|
|
|
|
|
Dpt la 4 coupon hari tu. Semuanya sama... off rm5 unt beli minyak petronas syntium. Mmg x guna pun... minyak tu unt apa pun x tau... huhuhu. Dapat lazada or starbuck best la jgk |
|
|
|
|
|
|
| |
|