CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2882|Reply: 5

Elak Tragedi Viral Pereka Kasut Berulang, Pelajar Intern Patut Buat Semua Perkar

[Copy link]
Post time 4-1-2018 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini kecoh dengan kes viral yang berlaku antara seorang pereka kasut dengan seorang pelajar latihan industri. Nasib baik, perkara tersebut telah berjaya diselesaikan dengan baik.


Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, mungkin sebagai pelajar, anda boleh lakukan perkara-perkara di bawah untuk kelihatan lebih profesional ketika sesi latihan industri. Apa yang pasti pihak majikan adalah di luar kawalan kita, namun sebagai pelajar, anda boleh mengawal tindak tanduk diri sendiri.


Hadir awal



Foto: jobstreet.com.my



Tempoh latihan industri adalah tempoh yang kritikal dan merupakan ‘bayangan’ pekerjaan yang semestinya menjadi satu pengalaman yang berharga pada kita. Jadi anda haruslah menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Walaupun hanya bergelar pelajar praktikal, namun sekiranya selalu hadir awal ke tempat kerja, ia akan mengundang banyak perkara positif dalam diri anda. Selain membentuk disiplin, hadir awal dapat memberi anda ruang masa untuk merancang, mengatur dan melaksanakan tugasan harian dengan lebih baik.


Aktifkan diri untuk memberi kerjasama


Foto: nssrpo.com


Waktu inilah yang paling sesuai untuk merasa bagaimana bekerja bersama profesional yang lain dalam industri. Jangan rasa malu dan segan untuk bertanya kepada mereka. Tetapkan niat sewaktu bekerja untuk turut mencari pengalaman dan berhubung bersama dengan rakan dalam industri yang sama.


Sambil meluaskan jaringan, anda juga dapat meluaskan pengalaman yang ada bersama dengan syarikat yang menjadi tempat menjalankan latihan industri.  Jadi latih diri untuk beramah mesra dan bertanya dengan rakan sekerja yang lain.


Tidak menawar atau menolak kerja yang diberi.



Foto: zoitz.com



Angkat kotak yang berat dah merungut? Sakit belakang ketika bekerja? Kerja yang luar dari bidang belajar?


Apa masalah di situ? Itu adalah realiti bekerja zaman sekarang ,lagi-lagi dalam syarikat yang kecil. Kekurangan tenaga kerja akan menyebabkan seseorang itu akan menjadi serba boleh dalam pelbagai aspek. Jangan risau kalau lari dari bidang kerana anda akan ada banyak perkara untuk ditulis dalam laporan latihan industri nanti di samping mendapat pengalaman dan kenalan baru ketika ditugaskan untuk bekerja diluar bidang tugasan.


Angkat kotak yang berat, masuk dalam kotak kasut dan rekodkan dalam sistem pun kerja jugakan? Sakit belakang ketika bekerja menjadi masalah? Itu fitrah, dan pokok pangkalnya, lakukan sahaja sekiranya perkara itu masih berkaitan kerja atau produk syarikat tersebut pasarkan.


Cuba dan tawarkan diri untuk bekerja dalam pelbagai jabatan/ jawatan



Foto: ghafarnawi.com



Ini paling seronok ketika menjalani latihan industri, ialah ketika anda dapat belajar dengan memengang banyak jawatan. Sekiranya terlibat dengan pelbagai jabatan, pengalaman akan semakin luas dan memudahkan anda untuk meneroka potensi diri pada masa akan datang. Namun ada sesetengah syarikat yang tidak memberi peluang sebegini. Jangan risau, ini hanyalah cadangan untuk meluaskan pengalaman.


Latihan industri adalah sama seperti pekerjaan sebenar



Foto: ghafarnawi.com



Ya. Para pelajar latihan industri dikira sebagai pekerja sebenar yang tidak terlatih lagi, jadi banyak kekurangan dari aspek kemahiran dan cara kerja. Ianya juga seperti platform untuk anda belajar dan latih diri kita menjadi profesional pada masa akan datang seiring ‘output’ yang diinginkan selepas tamat latihan industri. Jadikan latihan industri ini seperti pekerjaan sebenar.


Cari mentor

Foto: jobstreet.com.my



Jangan berpatah hati sekiranya bukan rezeki kita untuk mendapat penyelia yang baik hati. Itu adalah cabaran sekiranya anda mendapat penyelia yang hati kering dan suka maki hamun depan pelanggan. Itu perlu dijauhi, namun cuba pandang situasi itu dari sudut yang berbeza dan cari bimbingan bukan setakat dari penyelia, tapi juga rakan sekerja. Mereka juga manusia dan pernah menjalani latihan sebagai pelajar latihan industri suatu ketika dahulu, dan pastinya boleh membimbing kita.


Benar kata orang, sebelum kita mahu orang lain berubah, diri sendirilah sebenarnya perlu diubah dahulu. Jangan cepat menyalahkan orang lain, sebaliknya bermuhasabah itu lebih baik. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2018 01:13 PM | Show all posts
aku internship kat tempat relax2. kadang2 bos suruh buat network documentation, kadang dia suruh pegi tengok vendor pasang modem, kadang pekerja2 lain mintak tolong jaga kaunter angkat telefon ke.

belasah je la. semua tu pengalaman.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols time internship dulu, kene marah kaw2 time birthday iols. Mmg makan hati sorg je la masa tu....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 02:55 PM | Show all posts
masa intern kat satu syarikat terkemuka kat shah alam, aku kena kacau ngan sorang mamat exec ni...  siap pegang2 tangan lagi...  kena ngorat, cakap double meaning segala...  aku  report dengan lecturer, dia tak buat apa2 and yes, sampai sekarang aku menyampah ngan lecturer aku tu...  pastu aku pun mengadu dengan sorang exec kat situ...

rupanya dia pi mengadu dengan boss...  then boss amek tindakan...  kebetulan dia dah nak naik pangkat...  so, kenaikan pangkat dia dibatalkan...  pastu teruk aku kena sindir dan dicemuh oleh akak2 exec2 kat situ...  cakap aku merosakkan masa depan exec tu...  aku fitnah la apa la...  dan aku benci akak2 exec tu...

masa tu memang aku jahat...  aku doakan semoga anak2 perempuan lecturer dan akak2 exec aku tu kena sexual harassment cam aku kena...  biar diorang ada akal...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni, pe pon pangkat ko.. Ko kena buat multitasking.  Ko expect hidop nak glamer memanjang jer ngan job title ngko tuh.. Ko takkan ke mana dek.  Baru intern dah ego.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 11:39 AM | Show all posts
Masa intern dulu, dekat small audit firm saja.. allowance RM200/momth.

Kerja 8am - 9pm.. firm kecik, file banyak so kena buat kerja macam normal staff..

Then bila outstation makan sendiri bayar, kerja sampai ke malam termasuk weekend, 2 weeks kena sampai kena high fever.. Balik rumah, medical semua kena bayar sendiri..

Bertahan la jugak 6 months tu.. Bila dah grad, dorg offer kerja situ, awal2 cakap NO.

Tapi tak pernah la complaint dekat lecturer ke parents pasal letih ke apa... hadap jelar apa dorg suruh buat
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.612133 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list