View: 2905|Reply: 16
|
Nasib Baik Tak Cium Pipi! Lelaki Mamai Salam, Cium Tangan Pemandu Grab
[Copy link]
|
|
Bila dalam keadaan penat, pasti mudah seseorang itu mengelamun dan melakukan tindakan spontan apabila tersedar daripada lamunannya. Itulah apa yang berlaku kepada seorang pemuda yang secara tak sengaja bersalaman dan mencium tangan pemandu Grab ketika hendak keluar daripada kereta tersebut.
Janggalnya rasa apabila sedar dari mamai
Alif Izzad menceritakan kejadian tersebut di akaun Twitternya. Menurutnya, ketika hendak keluar daripada kereta tersebut, dia menyambut huluran tangan pemandu itu dan bersalam siap dengan cium tangan sekali kerana dia ingatkan pemandu terbabit ayahnya. Memang soleh betul rasanya waktu tu.
Foto: Twitter
Sebenarnya pemandu tersebut menghulur tangan kerana ingin meminta bayaran tambang dan kedua-dua mereka turut berasa janggal. Mujur pemandu tersebut mengatakan "Takpe saya faham awak mengelamun kot".
Foto: FB Bro Khai
Lebih menarik, tweet Alif tentang kejadian itu turut dikongsikan oleh pemandu berkenaan di Facebooknya (FB) dan kejadian itu menjadi perbualan di group FB pemandu Grab.
Ramai juga netizen yang memuji tindakan spontan Alif dan mengatakan dia seorang anak yang baik kerana budi bahasa tersebut jarang dilakukan anak muda sekarang.
Selang beberapa hari Alif membuat status di Twitter bahawa dia telah berjumpa dengan ayah kandungnya dan bersalam dengan 'orang yang betul'.
Foto: Twitter
Alahai, lawak betul Alif ni. Ada sesiapa pernah mengalami situasi sama seperti dia ni tak? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Alkisahnya semalam iols pergi workshop nak amik kereta. So panggil la grabcar minta hantarkan ke workshop. Driver grabcar tu bila bercakap ke bagi duit ke apa langsung tak tengok muka.. sejenis warak ke apa ek? Aku pulak yg rasa segan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha. Mengekeh aku ketawa |
|
|
|
|
|
|
|
Dia da biasa la tu.
Dulu msa zaman matrik.. kwan sorg ni mmg x penah keluar kampung. Baik budi bahasa dan budi pekerti.
Kt cafe tu xde di sediakan besen utk letak pinggan n cwn lepas makan. Kawan ni siap pegi ke dapur antar pinggan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
lawak wey dah tergelak aku dr td
|
|
|
|
|
|
|
|
adoiiiii..lawak betul laaa...
sejuk perut ibu yg mengandung kan dia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
barfi: Alkisahnya semalam iols pergi workshop nak amik kereta. So panggil la grabcar minta hantarkan ke workshop. Driver grabcar tu bila bercakap ke bagi dui ...
Kalau aku suka je org x pandang kita balik. Tanda dia x prejudis. Janji dia dah hantar kau selamat sampai ke destinati yg nak dituju. Jangan kau bagi 3 bintang pula hahah kesian dia nak carik makan
|
|
|
|
|
|
|
|
pmandu tu iras2 paknya kot |
|
|
|
|
|
|
|
Time aku bwk Grab hari tu aku kena cium dgn minah salleh mabuk. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus budak ni... good parenting... makbapak dia layak beranak tak perlu di mandulkan mcm makbapak2 yg tak tau main jer |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahhaha... Budak baik ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 26-12-2017 02:39 PM
Dia da biasa la tu.
Dulu msa zaman matrik.. kwan sorg ni mmg x penah keluar kampung. Baik budi baha ...
Tringat plak time iols umo 10 ke 11 gitu..selalu basuh pinggan sendiri lpas makan...ada sekali tu gi melawat ayah iols outstation, kitorg makan kat 1 kedai ni...lepas makan i angkat pinggan ke singki nak basuh..pastu tersedar....tergelak besar tokey kedai and my parents..hihi |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 26-12-2017 06:39 AM
Dia da biasa la tu.
Dulu msa zaman matrik.. kwan sorg ni mmg x penah keluar kampung. Baik budi baha ...
matrik mana tu? hakak pernah buat mcm tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaha...lawaknyaa{:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
samasam90 replied at 30-12-2017 02:00 PM
matrik mana tu? hakak pernah buat mcm tu...
Kompom bukan hakak sam. Sbb kwn meols tu x main porum. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|