CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shahirakay

BLOGGER DISAMAN RM3 JUTA BERIKUTAN PENDEDAHAN KEBURUKAN TATI KOSMETIK

  [Copy link]
Post time 23-12-2017 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannye, dia bukak kebenaran supaya xde lagi yg terkena, akhirnya kene saman lak.. harapnya kes ni berpihak pada dia supaya jadi pengajaran kt pengeluar2 produk timbang kati ni.. saya pon pernah pki produk timbang kati, makin teruk jadinya muka, serik dah.. beli je yg kt drugstore lagi bagus..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2017 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian dia.. derma jgn x derma....
Aku rsa founder aka tokey aka ceo ni pulus dh cetek2 gitew.. sb tu saman tu...  ikot logic akai.. xkn hnya pnulisan blogger cikai jer blh bangelap maaa.. she jz the black2 sheep maa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 11:53 PM | Show all posts
haiii taktau nk ckp..doakan yg terbaik je
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 11:53 PM | Show all posts
epis replied at 23-12-2017 10:58 PM
Siannye, dia bukak kebenaran supaya xde lagi yg terkena, akhirnya kene saman lak.. harapnya kes ni b ...

tu la kesian dia kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 12:02 AM | Show all posts
kalau bawa kes ke PPIM ada biro guaman? mohon cuba minta bantuan guaman sebab produk kosmetik pun under penggunaan.

maaf akak tak guna produk yang tak dipercayai review pun buruk, akak lebih percaya organic produk
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo tati rupanye
Produk ni dah tak berapa laku macam mula2 ada kat pasaran. Sebab biasa lalu kedai printing nampak lah kotak tati ni,memang banyak. Hampir tinggi i kotak yg belom lipat tu. Skrg takde dah nampak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2017 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ehh.. Punya laa ramai komplen pasal tati nih.. Bole plak dia bebas saman org.. Patut mangsa2 ni saman dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye.. Jom la tlg jomm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2017 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Produk nama tati ...so pprt nama pun ada nak pakai...apa mmg nama produk2 msia ni so memalukan & low class...tp ttp ada yg beli sampai owner jd jutawan memasing...paling jijik nama produk che ta
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga owner produk racun ni ditimpa musibah
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada kenal sorang pemborong besar yg ada jual jugak produk2 dr Thai. Kat sana, mcm2 jenis krim, serum, sabun, toner, foundation timbang kilo ada. Pokok pangkalnya RM aje..packaging pun siap buat skali. Bila siap ko boleh claim tu produk tempatan & ko founder produk tu. Kebanyakan skincare yg kononnya tempatan sgt mmg ya, smuanya datang dr Thai sana..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Blogger ni kena dpt kn pengguna yg terkena dgn tati ni..sng sikit nk lawan
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Senangnye la bole saman2 kan ..Kesian pengguna yang muka rosak sebab tati tu..Good luck untuk puan suria..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 01:45 PM | Show all posts
kalau dia menjual cara ikhlas, customer komplen dia akan dengar....
gilalah nak saman terus...
tapi bukan ke produk ni kkm dah bagitau ada racun?kenapa tati tak saman kkm jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa nk buat page je... semua mngsa2 bgbung sedekah..bantu dia ni & lawan produk angkuh ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
obses_budak replied at 24-12-2017 02:04 PM
Rasa nk buat page je... semua mngsa2 bgbung sedekah..bantu dia ni & lawan produk angkuh ni

Buat le.....

Bagus gak idea kau tu...kesian doa tak de org support....kau kumpulkn org yg pernah pakai...mintak testimoni ikhlas dari dorang....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2017 03:18 PM | Show all posts
kasihan sama bloger nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2017 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
obses_budak replied at 24-12-2017 02:04 PM
Rasa nk buat page je... semua mngsa2 bgbung sedekah..bantu dia ni & lawan produk angkuh ni

u olls buat laaaa nnt we olls semua follow and share
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hese fitnah apa sampai kena cerai?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 07:02 PM | Show all posts
amyza replied at 24-12-2017 12:10 AM
Ooo tati rupanye
Produk ni dah tak berapa laku macam mula2 ada kat pasaran. Sebab biasa lalu kedai  ...

bukan dah kena ban dengan kkm ke


SHAH ALAM -  Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antara produk yang disahkan mengandungi racun berjadual adalah Tati Skincare Night Cream, Tati Skincare Treatment Cream dan Moleek Anti Pigment Cream.
Menurut maklumat yang diberikan, produk Tati Skincare Night Cream didapati merkuri, manakala Tati Skincare Treatment Cream dan Moleek Anti Pigment Cream pula disahkan mengandungi bahan kimia jenis hydroquinone dan tretinoin.








"Kami ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik tersebut.
"Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, katanya lagi, produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Menurutnya, produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.
Jelasnya, kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
"Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin pula biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
"Manakala produk kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan," katanya lagi.
Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.
Difahamkan, bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut.
"Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," tambahnya.
Beliau dalam masa sama menggesa penjual dan pengedar produk-produk kosmetik yang terlibat menghentikan penjualan dan pengedaran produk berkenaan dengan serta-merta.
"Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," ujarnya lagi.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.
Manakala syarikat yang didapati melakukan kesalahan sama pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.085385 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list