|
Kalau sebelum ini kita tahu yang pengkritik tetap Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS atau Tok Ram sememangnya baik dengan pengacaranya iaitu Jihan Muse dan Nabil Ahmad.
Ketiga-tiga mereka boleh dikatakan suka 'cakap lepas' terutama ketika bergurau senda sampai kadang-kadang, terlihat seperti agak kasar gurauannya.
Bercerita mengenai Jihan dan suaminya, Ungku Hariz, mereka sememangnya pasangan yang serasi dan comel bersama.
Terbaru, Jihan dan suami serta Tok Ram 'menyambung' gurauan mereka di posting terbaru Jihan menerusi akaun Instagramnya.
Dalam memuji, ada yang mengeji
Amboi, nakal juga Tok Ram ya. Bagaimanapun, tak semua netizen terhibur dengan posting Jihan sepertimana Tok Ram. Ada sahaja yang dengki.
"Tak payah nak teka-teka jantina anak tu. Dah macam pertaruhan pula," tulis seorang netizen.
Komen negatif itu mendapat perhatian netizen lain yang menyifatkan individu terbabit mahukan perhatian dengan menggunakan akaun palsu.
Foto: IG Jihan Muse
Alah, biasalah tu. Orang kalau dah tak suka, habis segala benda jadi negatif, buruk di mata mereka. Apapun, semoga Jihan selamat bersalin nanti ya! - CARI |
|