CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1386|Reply: 6

[Tempatan] Rakyat Malaysia, Anda Bersedia Ucap ‘Goodbye’ Kepada 2017? Ini Berita Penting Un

[Copy link]
Post time 22-12-2017 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by NormanJB at 22-12-2017 09:59 AM

Pelbagai isu hangat diperkatakan sepanjang tahun 2017 – nampaknya sudah tiba untuk kita mengucapkan selamat tinggal kepada satu lagi tahun, dan masanya untuk kita memandang ke depan sempena tahun baharu, dengan penuh harapan dan optimis.

Kita boleh menyaksikan pelbagai peristiwa-peristiwa penting di seluruh dunia sepertimana Youtube, Google, Twitter dan Facebook berkongsi pelbagai sorotan peristiwa penting mereka pada tahun 2017. Tetapi, apa pula berita yang menjadi tumpuan di negara kita?

Sebelum kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun ini dan mengalukan kedatangan 2018, apa kata kita mengimbau kembali insiden-insiden besar yang berlaku dalam negara sepanjang 2017.

JANUARI

Sepertimana azam semua pihak iaitu mahu memulakan tahun baharu dengan penuh semangat, tetapi ketentuan Tuhan adalah melebihi segalanya apabila rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem – memberi kesan kepada seluruh rakyat negara ini.

Pemimpin tersohor dan disegani ramai itu meninggal dunia akibat komplikasi jantung. Pemimpin-pemimpin negara dan parti politik menyifatkan Allahyarham sebagai pemimpin “luar biasa” dan disenangi rakyat.

Awal tahun ini juga menyaksikan tragedi buruk kedua berlaku apabila sebuah bot penumpang katamaran dilaporkan karam di Pulau Mengalum di Sabah. Bot tersebut membawa 27 pelancong China, yang mana 22 daripadanya termasuk dua kru bot selamat, empat disahkan meninggal dunia manakala lima lagi masih hilang.

Namun di sebalik beberapa insiden mendukacitakan bulan ini, nama Malaysia menjadi tumpuan dunia khususnya dalam kalangan peminat bola sepak antarabangsa dan tempatan apabila anak kelahiran negara ini - pemain bola sepak pasukan Pulau Pinang merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016.

Pemain berusia 28 tahun itu mengetepikan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang meraih 22.86% undi dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez dengan 10.01% undi.

Berita lain:
1 Januari - Sekurang-kurangnya 10 orang melecur selepas terkena letupan bunga api pada kemuncak acara Fiesta GEGAR Klang 2016 di Kompleks Sukan Pandamaran di sini sempena sambutan tahun baharu.

9 Januari - Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk perbicaraan kes saman fitnah RM70 juta terhadap sebuah akhbar Bahasa Inggeris dan tiga yang lain.

9 Januari - Suasa Airlines Sdn Bhd (Suasa Airlines) didenda RM380,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana beroperasi tanpa Permit Perkhidmatan Udara (ASP) yang sah dalam perjalanan antara Kuala Lumpur dan Langkawi.

10 Januari - Sentuhan magis pemain Pulau Pinang Faiz Subri, 30, telah melakar sejarah bola sepak Malaysia dan Asia selepas beliau merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016, pada majlis gilang-gemilang di Zurich (awal pagi Selasa di Malaysia).


Malaysia kembali menjadi tumpuan dunia berikutan kematian seorang warga Korea Utara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), yang didakwa abang tiri kepada Pemerintah Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un. Sehingga artikel ini ditulis, perbicaraan mengenai kes kematian Kim Jong-nam masih berlangsung.

Di samping itu, kepulangan perogol bersiri Selva Kumar Subbiah ke Malaysia selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun kerana melakukan serangan seksual ke atas puluhan wanita di Toronto, Kanada telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat negara ini.

MAC

Susulan ketegangan hubungan Malaysia-Korea Utara berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam, kerajaan mengambil keputusan untuk mengakhiri perjalanan visa percuma bagi Korea Utara atas faktor keselamatan.

Arena bola sepak tanah air pula dilihat menerima suntikan positif dan lembaran baharu selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Berita lain:
1 Mac - Doan Thi Huong dan Siti Aisyah dihadapkan di Mahkamah Sesyen berhubung kematian Jong-nam. Mereka didakwa bersama empat lagi yang masih bebas, telah meneruskan niat membunuh Kim Chol pada 13 Februari lalu, di balai berlepas klia2, Sepang.

3 Mac - Lelaki Korea Utara, Ri Jong-chol, yang ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan Jong-nam diusir balik ke negara asal sebagaimana diputuskan Jabatan Peguam Negara.

4 Mac - Duta Besar Korea Utara, Kang Chol, diisytiharkan sebagai ‘persona non grata’ dan perlu meninggalkan Malaysia selewat-lewatnya 48 jam.

6 Mac - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua warga Korea Utara yang ingin memasuki Malaysia dikenakan visa berkuat kuasa 6 Mac. Beliau berkata, ia dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan negara sebagai keutamaan.

6 Mac - Korea Utara juga memerintahkan Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam dan dilabel sebagai ‘persona non grata’.
6 Mac - Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 di Dataran Parlimen.

7 Mac - Pyongyang mengumumkan larangan sementara kepada semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu untuk memastikan keselamatan para diplomat dan rakyat Korea Utara yang masih berada di Malaysia.

7 Mac - PDRM berjaya menggagalkan rancangan militan IS yang mahu melancarkan serangan ke atas rombongan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud yang dalam lawatan rasmi ke negara ini.

8 Mac - Sebanyak 44 buah keluarga mangsa penumpang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 memfailkan saman terhadap syarikat Boeing kerana gagal mengendalikan aspek-aspek keselamatan yang sewajarnya.

16 Mac - PDRM telah memperolehi notis merah (Red Notice) daripada Interpol untuk menahan empat rakyat Korea Utara yang dikehendaki berhubung kes pembunuhan Jong-nam.


21 – 25 Mac - Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 diadakan di Langkawi, Kedah.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2017 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
aik sampai mac je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 02:38 PM | Show all posts
luar biasa” dan disenangi rakyat.


Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Azam 2017 x tercapai lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Pejam celik tup2 dah nak masuk tahun baru dah. Sekejapnya masa berlalu. Tahun depan ntah macam mana la nasib diri ini
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2017 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 24-12-2017 04:40 AM
Azam 2017 x tercapai lagi..

apa azam little sis? bukan setiap tahun pun tak pernah tercapai ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2017 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga BN UMNGOK menang PRU14 dan GST dinaikkan ke 8%...cash buat rekyat Malasia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.051989 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list