CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1543|Reply: 1

Pantas Dengan Dwi Kamera! Hanya RM899, Meizu M6 Note Jadi Telefon Pintar Rebutan

[Copy link]
Post time 20-12-2017 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat pengeluar elektronik konsumer dan telefon pintar terkemuka, Meizu telah melancarkan Meizu M6 Note di Malaysia.


Nak tahu apa kelebihannya? Nah ini dia.


Meizu M6 Note adalah telefon pintar pertama dari Meizu yang menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon, mempunyai skrin 5.5-inch yang luas, dwi-kamera di belakang dan juga bateri besar dengan sokongan cas pantas.


Dengan harga RM899, sekaligus menjadikan ianya telefon di bawah RM 1000 yang paling berbaloi di pasaran sekarang!




Menggunakan proses pembinaan 14 nanometer LLP terbaru, ia membolehkan M6 Note menggunakan kuasa yang sedikit, sekaligus menawarkan jangka hayat bateri yang panjang. Ditambah pula dengan GPU Adreno 506 yang menawarkan 71% kecekapan lebih baik.


Berita baik kepda kaki game, ini bermaksud ia boleh menyokong lebih banyak aplikasi game di dalamnya!


Selain itu, Meizu M6 mempunyai paparan LTPS 5.5-inci dengan resolusi 1920 x 1080 pixel dan butang Meizu mBack di bahagian hadapan berfungsi sebagai sensor cap jari yang boleh mengnyah-kunci M6 Note dalam masa 0.2 saat!


Bagi yang suka tangkap gambar, telefon pintar ini ada sistem dwi-kamera M6 Note menggunakan sensor 12-megapiksel Sony IMX362 dengan apatur f/1.9, saiz pixel sebesar 1.4um dan lensa 6P; ia disertakan sekali dengan sensor 5-megapiksel Samsung 2L7 sekunder.




Kamera belakang menggunakan sistem auto fokus Dual Phase Detection yang boleh memfokus selaju 0.03 saat untuk memberikan prestasi kamera yang terbaik untuk kelasnya.


Untuk swafoto, M6 Note mempunyai kamera 16-megapiksel dengan apatur f/2.0 di bahagian hadapan.


Jangka hayat baterinya pula tahan sehingga 10 jam!


Ada empat pilihan warna termasuk Moonlight Silver, Champagne Gold, Blue dan Obsidian Black.


Selain Meizu M6 Note, Meizu M6 juga akan dijual dengan harga RM 599 apabila ianya dilancarkan dengan rasmi tidak lama lagi.


Untuk maklumat lanjut sila layari  laman web rasmi Meizu atauMeizu Malaysia Official Facebook. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2017 03:08 PM | Show all posts
lebih yakin pakai iphone
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.061720 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list