"Awak buat apa hari ni? Tengok porno ke?"
Amboi, pedasnya sindiran Amalina Che Bakri. Panas dengan siapa tu?
Foto: IG Amalina Che Bakri
Macam mana bekas pelajar cemerlang itu tak 'angin'. Elok-elok dia bagi tip penjagaan rambut, jauh pula komen netizen ini menyimpang.
Tengok pornografi ke bang?
Ha, siapa suruh mulut macam 'puaka'. Kan tak pasal-pasal kena 'sembur' balik.
Orang tu dah berjaya di rantauan sana. Dua orang berjaya diselamatkannya (dibedah) dalam satu malam kalau nak dibandingkan dengan 'apa yang sedang dilakukan' individu terbabit. Macam tak senonoh pun ada perangainya.
Eh, eh. Rajin pula netizen pergi 'skodeng' akaun mamat ni ya. Bahaya betul!
Nak kenakan orang sangat, tapi diri sendiri perangai macam 'hantu'. Bila dah malu dikenakan, tahu pula nak sorok muka dan memadam akaun Twitternya.
Dua-dua ada salahnya
Ada netizen kata gaya rambut Amalina macam Siti Kasim. Betul ke? - CARI
|