Macam ni ke perangai seorang ustazah? Memalukan sahaja! Bukan tak biasa kita melihat lambakan pengguna Internet mengeluarkan kata-kata kesat di laman sosial.
Namun, apa yang luar biasa adalah bila mana seorang pengguna Facebook (FB) dengan imej seorang ustazah yang mencemarkan imej umat Islam lain terutama golongan wanita bertudung. Lebih parah, dia begitu galak mencerca pengikut parti politik lain.
Ustazah taasub dengan parti politik.
Samakan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai parti iblis.
Nak dijadikan cerita, baru-baru ini kecoh apabila pemilik akaun dengan nama Ustazah Hamidah itu mencerca peserta Gegar Vaganza 4 iaitu Aishah.
"Meluat Midah tengok penyanyi gemuk macam babi nama Aishah ni!"
Pergh, dahsyat betul bahasa ustazah ini! Sampai samakan orang dengan binatang secara terang-terangan lagi. Belajar ilmu Firaun agaknya!
Sentap Aishah bila air mukanya dipijak-pijak macam tu sahaja. Berang diaibkan sebegitu rupa, Aishah menyeru individu terbabit untuk bersemuka dengannya jika benar ada yang tak berpuas hati.
"Saya cabar ustazah jumpa saya kalau berani," katanya.
Tak jadi kudis pun
Eleh, ni mesti taktik nak tarik Aishah masuk parti 'ehem-ehem', kan?
Berdasarkan komen-komen netizen, dipercayai akau yang digunakan individu terbabit adalah akaun palsu.
Foto: FB Ustazah Hamidah
Merosakkan imej wanita Islam sahajalah dia ni! Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. - CARI |