|
Sekurang-kurangnya lima warga emas rentung apabila sebuah banglo yang dijadikan pusat jagaan orang tua di Sungai Long, Kajang terbakar awal pagi tadi.
Kosmo melaporkan sembilan orang berada dalam Novel Care Home Centre ketika kebakaran jam 4.50 pagi.
Dalam pada itu, empat daripada mereka dapat diselamatkan termasuk seorang cedera.
Mangsa pertama ditemui jam 6.05 pagi manakala mangsa terakhir pada 7.07 pagi, kata Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul.
Foto The Star
“Pihak kami menemui empat mangsa di tingkat bawah manakala seorang mangsa lagi ditemui di tingkat atas rumah berkenaan,” katanya kepada Berita Harian.
Difahamkan seramai 13 anggota bomba terlibat memadamkan api selepas mereka menerima panggilan pada 5.06 pagi. |
|