View: 1192|Reply: 2
|
Punggung Bengkak Bernanah, Sepuluh Tahun Tak Boleh Duduk
[Copy link]
|
|
Lebih sepuluh tahun menderita tak dapat duduk gara-gara punggungnya bengkak bernanah.
Nicola Fletcher, 36, mendapat penyakit yang dikenali sebagai Crohn atau kolitis berulser itu ketika berusia 19 tahun.
The Mirror melaporkan, keadaan tersebut menyebabkan radang pada sistem percernaan atau usus.
Foto: The Mirror
Ahli perubatan sudah melakukan pembedahan di bahagian punggungnya namun ia meninggalkan luka yang sangat besar.
Bagi menutupi bekasnya, Nicola terpaksa membuat tatu bunga ros pada harga £300.
Foto: The Mirror
"Saya menderita sakit selama 10 tahun dan walaupun saya sangat gembira kerana ia dapat dirawat, saya sangat malu dengan parut luka itu.
"Saya sangat gembira dengan tatu ini. Anda tidak tahu bahawa ada parut di bawah tatu itu.
"Tatu itu memberikan saya keyakinan dan kini saya gembira untuk menunjukkan tubuh saya."
Selama 10 tahun yang lepas, dia terpaksa sandar menyenget, melutut atau hanya berdiri sahaja.
Foto: The Mirror
"Saya terpaksa guna tongkat untuk bergerak dan mengambil 'patch morfin' kerana terlalu sakit.
"ada masa itu, saya mempunyai tiga anak, dan ia benar-benar memilukan kerana saya tidak dapat melakukan banyak perkara dengan mereka. Saya tahu ia bukan salah saya tetapi saya rasa sangat bersalah, seperti ibu yang paling teruk di dunia."
"Saya sangat terbuka mengenainya. Ia sangat menyakitkan, saya tidak dapat menyembunyikannya." -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Beringat2 masa sihat ni sebelum sakit |
|
|
|
|
|
|
| |
|