Georgetown: Umpan aiskrim dan wang sebelum cabul. Itu dilakukan seorang lelaki warga emas terhadap kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang juga anak jirannya sebagai habuan menutup mulut kerana mencabul mangsa sejak setahun lalu.
Bagaimanapun perbuatan itu terbongkar apabila mangsa dikatakan menceritakan kejadian terbabit kepada ahli keluarganya yang kemudian menghubungi Talian Nur untuk membuat aduan.
Menurut sumber, mangsa dalam aduannya mendakwa jirannya akan memberi ‘upah’ aiskrim serta wang setiap kali dicabul dan suspek meminta kanak-kanak terbabit supaya merahsiakan kejadian itu.
“Mangsa memberitahu suspek memasukkan jari dalam kemaluannya selain turut meraba seluruh anggota badan dan juga pelbagai aksi tidak senonoh lain.
ANGGOTA polis mengiringi suspek untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong
“Kejadian itu didakwa dilakukan suspek beberapa kali sejak tahun lalu terhadap mangsa di kawasan rumah mereka di Ayer Itam dan kanak-kanak berkenaan hanya membuat aduan kelmarin,” katanya.
Sumber berkata, sepasukan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat kemudian bergegas ke rumah mangsa untuk bertemu bapanya yang kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
“Hasil pemeriksaan mendapati ada koyakan lama pada kemaluan mangsa namun doktor belum dapat memastikan punca koyakan terbabit.
“Suspek yang berusia 61 tahun kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.
Post time 7-12-2017 12:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Memang hari2 pakai kopiah atau kena tangkap polis baru nak pakai?
Siyallnya.. tua bangka pun bernafsu dengan budak kecik.
Nak salahkan siapa ni pasal dah banyak sangat lelaki tak berguna?
org zmn skg tau suruh prmpuan jaga diri, pakai tutup aurat, etc...
ak rse mak pak patut didik anak lelaki sejak kecil supaya jgn buat bukan2 kat kaum wanita apetah lagi budak kecik yg tau tahu tu satu pencabulan terhadap dirinya!
tlg la wahai makpak, nasihat n jaga anak lelaki LEBIH dari jaga anak perempuan supaya anak lelaki tu bila dh besar dan tua mcm ni, tak cabul org!!!!
Post time 7-12-2017 04:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Setakat masuk jari dlm p*p*t..aper la ko rasa....
Baik ko layan minah indon ja...ajak masuk umah ko..ko hinjut ja setiap hari...kompom puas...bodoh piang pprt jantan ni...rasai ko...