CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1754|Reply: 9

[Tempatan] lembu LPT

[Copy link]
Post time 7-12-2017 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
am@hmetro.com.my



Kuantan: Adakah hendak tunggu ramai nyawa terkorban baru pihak berkuasa hendak bertindak?
Itu antara persoalan dibangkitkan pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mengenai kebimbangan mereka terhadap aktiviti melepaskan lembu untuk meragut rumput di bahu lebuh raya berkenaan.

Menurut Hazlisham Abu Bakar, 39, perkara itu sudah disedarinya sejak beberapa tahun lalu hingga pernah berlaku kemalangan maut berpunca daripada haiwan ternakan berkenaan.

Senario itu boleh dilihat pengguna LPT apabila melalui kawasan lebuh raya terutama di kawasan ladang sawit FELDA Panching, yang bersebelahan kawasan lebuh raya diselia ANIIH Berhad menghala ke Kuala Lumpur.
“Kalau nak tengok lembu ini meragut rumput di kawasan bahu lebuh raya, pandu kereta sekitar jam 11 malam ke atas, pasti jumpa kawanan lembu yang meragut rumput.



“Bahkan lembu ini dalam jumlah besar, 10 hingga 20 lembu dibiarkan meragut rumput di kawasan itu,” katanya, baru-baru ini.
Hazlisham yang juga pekerja swasta memaklumkan, dia sering menggunakan LPT sebagai jalan utama untuk ke tempat kerja di bandar Kuantan dan mendakwa sering melihat aktiviti yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya pada sebelah malam.
Bagaimanapun, beliau tidak ingin menyalahkan mana-mana pihak namun berharap ia dapat diselesaikan sebelum berlaku tragedi hingga membangkitkan kemarahan masyarakat.
Sementara itu tinjauan Harian Metro di LPT bermula di Plaza Tol Kuantan menghala ke Plaza Tol Jabor, kelmarin mendapati dakwaan yang dibangkitkan pengguna lebuh raya itu mempunyai asas.
Tinjauan yang dilakukan bermula jam 11 malam hingga 1 pagi itu mendapati kira-kira 10 hingga 15 lembu yang dibiarkan meragut rumput di bahu lebuh raya LPT tanpa pengawasan.
Malah ketika pemerhatian, kumpulan haiwan itu meragut rumput hanya 15 meter dari kawasan lebuh raya.
Ini sekali gus menimbulkan tanda tanya apabila aktiviti itu dibiarkan tanpa sebarang tindakan penguatkuasaan pihak berwajib.
Ketika tinjauan selama dua jam, terdapat beberapa kenderaan dipandu laju yang mampu menyebabkan kemalangan dahsyat sekiranya haiwan ternakan itu memasuki kawasan lebuh raya.
Harian Metro pada Ogos lalu mendedahkan terdapat aktiviti memotong pagar keselamatan lebuh raya dipercayai bertujuan membolehkan haiwan ternakan memasuki kawasan lebuh raya.
Tindakan itu secara tidak langsung mempertaruhkan nyawa masyarakat manakala satu penyelesaian segera perlu dilakukan termasuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2017 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bataknya lah hai.... dah bagi lpt, lepas lembu pula...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 09:42 AM | Show all posts
salah pemilik ternakan la yang lagi bodoh dari lembu..
harap pihak berkuasa angkut je semua lembu tu..
pastu saman pemilik masa dorang tuntut..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 09:52 AM | Show all posts
tak paham, kenapa kena meragut dekat bahu lebuhraya jugak.? tempat lain takde ke.? dekat highway jugak yg korg nak letak. kalau sampai malam dekat LPT2 ni, area lepas kijal ke kerteh yg berlambak lembu tepi  jalan lagi yg nak dekat exit kerteh. banyak pagar yg dah ganti baru pun still ada lagi lembu atas jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 10:13 AM | Show all posts
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ncaman-lembu-di-lpt


TINJAUAN lembu berkeliaran di kawasan Lebuhraya LPT berhampiran Plaza Tol Kuantan. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 11:19 AM | Show all posts
Tuan punyer lembu yabg berotak lembu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2017 11:22 AM | Show all posts
mentaliti penduduk kelas ketiga.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
lembu tahan lg. aku pernah eksiden langgar babi kt lpt. hansuang sungguh. beso lak tu. area2 dekat belakang matruks uia/matriks gambang.kempong kereta aku. org tow truck komplen aku bawa laju, aku bawa 80 je kot, babi tu melintas jalan sondol keta aku. mcmne bleh keluar ke hiway ntah. ade la tu yg mengggatal potong wayar pagar  hiway tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2017 12:24 PM | Show all posts
elok pihak konsesi angkut jek lembu2 ni sebab dh ceroboh tanah milik konsesi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2017 12:27 PM | Show all posts
buatla papan tanda

"lembu free, angkut sendiri, kalu masuk pagar LPT"

pastinya ramai yg menanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.332588 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list