Beruntung badan si isteri bila dapat suami yang mengambil berat hal-hal isteri ketika berpantang. Bukan apa, menguruskan isteri ketika berpantang adalah sesuatu yang tidak mudah. Jika tiada ilmu dan kekuatan, tentu seseorang itu tidak mampu untuk menguruskannya.
Jom ikuti kisah Muhammad Faizal melalui catatannya di Papaglamz.com yang berkongsi pada semua pembaca Resepi Air Kunyit yang beliau buat untuk isterinya ketika berpantang.
Lelaki Ini Berkongsi Resepi Air Kunyit Untuk Isterinya Ketika Berpantang. Anda Mesti Cuba
Membersihkan rahim dengan kunyit dan asam
Kunyit mempunyai khasiat yang tersendiri. Lebih-lebih lagi untuk ibu-ibu selepas bersalin. Dipercayai sekiranya diminum bersama asam jawa ia mampu menjaga dan merawat rahim ibu selepas bersalin. Dalam katanya lainnya rahim cepat kecut.
Sebenarnya jus kunyit ini bukan sahaja baik diamalkan oleh ibu-ibu lepas bersalin, malah untuk semua wanita juga baik kerana 'anti-radang' yang terkandung di dalam kunyit itu sendiri mampu menghalang rasa kesakitan tatkala wanita sedang period.
Lelaki Ini Berkongsi Resepi Air Kunyit Untuk Isterinya Ketika Berpantang. Anda Mesti Cuba
Resepi Jamu Kunyit Asam Jawa
Antara bahan-bahan yang anda perlu sediakan untuk membuat jamu ini seperti dibawah:
- Kunyit hidup - 1 inci
- Asam Jawa - 2 Sudu besar
- Gula melaka - 3 Sudu besar
- Manjakani (Jika ada)
Cara nak membuat jamu ini amatlah mudah. Anda hanya perlu hiris halus semua bahan tadi dan masukkan dalam shaker. Tuang air panas dan shake. Siap untuk diminum. Ada juga cara lain. Anda hiris semua bahan tadi. Masukkan dalam periuk. Tambahkan air 2 cawan.
Kemudian reneh dengan api yang kecil sehingga air menjadi satu cawan. Cara ini lambat sikit tapi lebih baik sebab pati-pati ramuan akan keluar dengan banyak bila kita memasaknya.
Foto: Carian internet
Mudah je kan nak buat? Jadi suami-suami sekalian, nak sayang isteri tolong la jaga mereka ketika berpantang. Insyallah isteri bertambah-tambah sayang.
Tetapi harus diingat, kita tak boleh kerap sangat minum air kunyit. Dipercayai sifat kunyit yang mengeringkan mampu menyebabkan anda cepat menopaus. Mungkin seminggu sekali sudah cukup untuk diamalkan.
Selamat mencuba! - CARI |