View: 2736|Reply: 10
|
"Pulangkanlah 'Kaki' Saya"
[Copy link]
|
|
Malang nasib seorang wanita apabila kaki prostetiknya dicuri individu tak bertanggungjawab.
Victoria Milligan kehilangan kakinya dalam satu tragedi bot yang meragut nyawa suami dan anak perempuannya pada May 2013 di Padstow, Cornwall. Victoria dan tiga lagi anaknya bagaimanapun terselamat dari nahas itu.
Memetik Mirror, ketika kejadian Victoria berada di sebuah restoran di Chelsea, London bersama rakan-rakannya apabila dua lelaki menaiki motosikal bersenjatakan pisau memecah masuk ke dalam Audi Q5 berwarna putihnya.
Seorang pemandu van mengakui ternampak dua penyangak itu memecahkan cermin tingkap dan mencuri sebuah bagasi berjenama Eastpak kira-kira jam 4.15 petang Ahad, waktu tempatan.
Malangnya, tiga kaki prostetiknya itu, masing-masing dengan fungsi berbeza berada di dalam bagasi yang dicuri berkenaan. Kesemua 'kakinya' itu bernilai lebih RM165 ribu (30,000 Pound Sterling).
Victoria meluahkan kekesalannya itu menerusi laman mikro Twitter.
"Sungguh tak percaya! Tiga kaki prostetik saya dicuri dari dalam kereta berhampiran restoran Megan pada Ahad lalu. Kaki itu tak bernilai pada sesiapa kecuali saya," tulisnya.
Difahamkan, Victoria menggesa pencuri terbabit untuk memulangkannya di suatu tempat kerana mereka mungkin tak menyedari apa yang telah mereka ambil.
Jurucakap polis Metropolitan mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kecurian itu pada 26 November lalu.
"Masih tiada sebarang tangkapan dilakukan," katanya.
Berkata kepada The Daily Telegraph, Victoria sangat mengesalinya kerana kaki prostetik itu begitu berharga buatnya.
Foto: Mirror
"Takkan nak beli lagi yang baru kerana prosesnya akan mengambil masa hampir tiga bulan lamanya.
"Saya rasa, mesti mereka dah perasan dan membuangnya (kaki prostetik) di mana-mana," katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
mesti pencuri tuh dpt idea nak buat kaki meja diy lepas tuh post dlm ig |
|
|
|
|
|
|
|
noell: mesti pencuri tuh dpt idea nak buat kaki meja diy lepas tuh post dlm ig
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.
Ni kelakar. Hahahahaha.
|
|
|
|
|
|
|
|
noell replied at 30-11-2017 10:53 AM
mesti pencuri tuh dpt idea nak buat kaki meja diy lepas tuh post dlm ig
masuk nifty ler.. feeling greatest decor for halloween.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan di jualnya semula murah2 kat online dah ler. Maklum ler Xmas dah nak dekat ramai je yang tengah cari hadiah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaki prostetik ni customized kan? So bkn sape2 je boleh pakai rasanya. Kesian dia, mahal pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
fetish kaki palesu mybe?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|