|
Kelainan dalam menu yang disediakan mampu menarik lebih ramai pelanggan ke gerai mahupun kedai seseorang itu.
Mungkin apa yang dijualnya sudah biasa didapati di tempat lain, namun sedikit suntikan kelainan dan kreatif sudah mampu membuahkan hasil luar biasa.
Itulah yang dilakukan oleh pemilik Tip Top Burger yang menjual burger gerai yang sebesar pinggan.
Bukan sahaja enak dan menjadi kegemaran di kalangan pelanggan setianya, katanya harga yang ditawarkan pun tak mahal.
"Burger kahwin cincang roti besar ini murah dan berbaloi,” ujar Shahrim Ismail, 54 iaitu pengusaha gerai tersebut kepada Projek MMO.
Memang saiznya sebesar pinggan saiz sederhana atau pun sama besar dengan roti Arab. Harganya cuma RM6 sahaja. Memang sangat berbaloi.
Foto: Projek MMO
Dalam sebiji burger besar itu, terdapat dua biji telur, lada hitam, mayonis dan sedikit sayur, selain campuran daging lembu atau ayam cincang.
“Kita campur daging dan ayam yang dicincang bersama ramuan sendiri. Sayur [dalam burger itu ada cukup], ada mayonis.
“Kalau hendak tambah keju, kita caj RM1,” katanya lagi.
Foto: Projek MMO
Terletak di Seksyen 15 Bangi, gerai ini turut pernah dikunjungi selebriti seperti Johan Raja Lawak dan juga Shamsul Ghau Ghau. - CARI |
|