CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1615|Reply: 0

Rogol: Hati-Hati Sebelum Terkena, Tingkatkan Keselamatan Diri

[Copy link]
Post time 27-11-2017 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Sebagai ibu yang ada anak gadis, saya amat risaukan keselamatannya apabila dia bersendirian. Terlalu banyak risiko dan ancaman di persekitaran masyarakat kita sekarang. Baru-baru ini telah berlaku dua kejadian buruk ke atas dua orang gadis di sekitar Shah Alam.


Sebenarnya memang ada sahaja kejadian seperti ini di tempat lain tetapi selalunya apabila ia berlaku di persekitaran sendiri, kita akan lebih alert. Jadi, perkongsian saya ini terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira di mana pun anda berada.


Seorang gadis yang baru pulang dari pasar malam telah disamun dan dirogol sebelum ditinggalkan di sebuah kawasan industri di seksyen 7. Manakala seorang lagi dirogol secara berkumpulan selepas diculik di Seksyen 3.


Rogol: Hati-Hati Sebelum Terkena, Tingkatkan Keselamatan Diri




Sedih pilu dan tentunya mangsa sedang trauma. Bukan mudah untuk melupakan kejadian hitam yang menimpa diri. Bagaimanapun jika hal ini berlaku juga, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mendapatkan pertolongan, mendapatkan rawatan di hospital dan membuat laporan polis.


Penjenayah kejam itu memang wajar menerima hukuman yang setimpal. Saat ini sokongan keluarga amat penting. Usah biarkan mangsa menderita sendirian.


PANDUAN MENGELAK DARIPADA TERDEDAH KEPADA PENJENAYAH
Kita tidak tahu bahaya sedang menanti. Semua orang tidak kira lelaki mahu pun perempuan, tua atau muda sebenarnya perlu berhati-hati setiap masa. Mungkin bagi sesetengah orang ia remeh tetapi malang tidak berbau. Jika tidak boleh mengelakkan langsung, sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan risiko.




Tindakan yang perlu diambil ketika keluar rumah:
1. Seboleh mungkin biarlah berteman. Sama ada rakan atau pun keluarga.
2. Carilah rumah/bilik sewa yang paling hampir dengan kolej atau tempat kerja.
3. Gunakan kenderaan sendiri, teksi, atau kereta sewa (grab/uber).
4. Jika tinggal dengan keluarga, minta tolong mereka menghantar dan menjemput anda. Cubalah tepati masa supaya mudah untuk orang lain menghantar dan menjemput anda.
5. Sentiasa maklumkan kepada rakan atau keluarga mengenai masa anda keluar dan pulang.
6. Elakkan daripada keluar dan pulang lewat malam.


Jika tiada pilihan dan anda perlu keluar sendirian, ambillah langkah seperti berikut:
1. Berjalan pantas terus ke tempat yang dituju.
2. Elakkan daripada melalui jalan yang sunyi.
3. Usah hiraukan pertanyaan seseorang yang mencurigakan.
4. Lari sekuat hati sekiranya anda dikejar.
5. Gunakan teknik mempertahankan diri (jika anda tahu) apabila anda diserang.


Rogol: Hati-Hati Sebelum Terkena, Tingkatkan Keselamatan Diri



Langkah-langkah mengelak dari dipaksa menaiki kenderaan atau ketika berada dalam kenderaan:
1. Jerit sekuat hati. Gunakan segala kekuatan untuk melepaskan diri.
2. Jika anda diugut dengan pisau, usah melawan kerana nyawa anda lebih penting tetapi jika anda mempunyai kekuatan/kemahiran untuk mempertahankan diri, lakukan dengan sepenuh hati dan pantas.
3. Cuba bertenang dan pantas cari peluang untuk melepaskan diri terutama pada waktu penjenayah terleka.
4. Sasarkan bahagian tubuh yang lemah seperti kemaluan, rusuk dan leher jika anda mahu menyerang balas.
5. Jika anda diikat, keraskan tangan dan badan. Ikatan akan lebih mudah dilonggarkan selepas itu.
6. Cuba ingatkan muka/pakaian penjenayah, jenis dan nombor kenderaan.


Buat anda semua khususnya remaja, pelajarilah  ilmu mempertahankan diri dan kemahiran yang lain sebagai persediaan awal dan langkah berjaga-jaga.  Kemahiran ini akan membuatkan anda kurang panik apabila diserang. Antara perkara yang wajar dilakukan ialah:
1. Menghadiri kelas mempertahankan diri.
2. Sering menonton siri atau youtube teknik mempertahankan diri.
3. Buat latihan dengan rakan atau keluarga.
4. Segera belajar memandu sebaik sahaja cukup umur.
5. Sentiasa cergas dan ada keyakinan diri untuk bertindak balas bila diserang.


Rogol: Hati-Hati Sebelum Terkena, Tingkatkan Keselamatan Diri




Akhir kata, keselamatan diri kita adalah tanggungjawab sendiri. Orang lain boleh membantu tetapi kitalah yang menjaga diri kita 24 jam sehari. Oleh itu, sentiasalah tingkatkan kemahiran dan kecergasan fizikal serta mental. Semoga kita semua dijauhkan daripada musibah. Bahkan tabah menghadapi andainya musibah datang juga.


Anda mungkin ada saranan yang lebih bernas. Sila kongsi di ruangan komen untuk kebaikan bersama. Suka saya ingatkan di sini, belajarlah memberi komen yang membina bukan menghina.


Sekian,
Liza Ali
[email protected]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.495574 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list