View: 1529|Reply: 7
|
Isteri Dicekik Dan Ditumbuk, Hanya Kerana Tak Jawab Telefon
[Copy link]
|
|
Seorang suami menampar, menumbuk, mencekik leher dan menendang isterinya hanya kerana wanita itu tidak menjawab panggilan telefonnya.
Akibatnya Ng Boon Meng, 43 yang juga seorang penganggur terpaksa meringkuk dalam penjara selama tujuh bulan.
Majistret Haslinda A.Raof menjatuhkan hukuman ke atasnya selepas tertuduh mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan cedera kepada Tan Suh Huai, 41, seorang eksekutif pentadbiran di sebuah agensi pelancongan.
Menurut mStar Online, perbuatan itu dilakukan di rumah mereka di Taman Pandan Indah, Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Gambar Hiasan
Menurut fakta kes, tertuduh pulang ke rumah dan memarahi isterinya sebelem menampar muka beberapa kali, mencekik leher hingga merah, tendang kaki, tumbuk perut dan tarik bibir mangsa sehingga berdarah.
Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu dia tidak akan mengulangi perbuatan itu dan merayu kepada mahkamah supaya memberikan peluang kepadanya untuk kembali kepada isteri dan memperbaiki diri. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha teringat my husband,
selalu sangat bagi miss call banyak kali,
last voicemall kata ''kalau malas nak jawab, jangan ada tepon''.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jilakak sangat perangai..bini xjwb call pun nk mengamuk bgai...da la bini ko tubyg kjer..ko dok ngangkang kat umah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biawak hidup versi cina. Lelakj skrg eh. insecure lettew takut bini tinggal.mereput pls |
|
|
|
|
|
|
|
Wasap ajala..tepon2 makan kedit |
|
|
|
|
|
|
|
penjara tujuh bulan jah?? cubaan membunuh kot, sampai mencekik leher bagai.
ada hati nak kembali kpd isteri... nak mintak ditanggung lg letteww. dasar bewak. |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan laknat bewak hidup dah la xkeje ada hati nak kembali semula! Mampos je la |
|
|
|
|
|
|
| |
|