Lapan kanak-kanak maut menyebabkan IKEA terpaksa menarik balik beberapa model almari berlaci Malm.
Laporan The Independent UK menyatakan, kematian terbaru melibatkan seorang kanak-kanak dari Califoria maut kerana terperangkap di bawah almari tersebut.
Jozef Dudek, yang baru berusia maut dalam tidur apabila diletakkan bersebelahan almari tersebut.
Jozef Dudek, Foto: www.independent.co.uk
Penarikan balik model tersebut sudah dibuat sejak Jun 2016 dan melibatkan penjualan di Amerika.
Walau bagaimanapun model tersebut masih dijual di Britain dan pihak IKEA menasihati pelanggannya supaya memasang dan meletakkan almari tersebut rapat ke dinding.
Foto: www.independent.co.uk
Kematian kesemua lapan kanak-kanak tersebut adalah disebabkan almari jenis itu mudah terbalik dan menimpa mereka.
Pengumuman untuk penarikan balik dipersoalkan kerana IKEA dianggap tidak serius dan berlengah dalam menangani isu berkenaan. -CARI |